Harian Metro

Episod bernoktah

-

Kuala Lumpur: Tanda tanya mengenai status bergambar di laman Instagram Fasha Sandha dan bekas suaminya, Rizal Ash-ram Ramli yang membayangk­an mereka ‘berdamai’ akhirnya terjawab di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam apabila kedua-duanya bersetuju menyelesai­kan konflik dan pertikaian mereka selepas bercerai secara baik.

Pada prosiding di hadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 33, menarik balik perintah injuksi yang difailkan terhadap Rizal atau Jejai, 41, yang didakwa mengganggu pelakon drama Lara Aishah itu pada Mac lalu.

Sementara itu, prosiding dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nasir Abdul Aziz pula, Jejai bertindak menarik balik kes komital terhadap bekas isterinya itu berhubung hak lawatan anak dan beberapa kenyataan dikeluarka­n Fasha kepada umum berkaitan hal keluargany­a.

Mereka juga bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah yang dipersetuj­ui selepas bercerai pada 20 Januari tahun lalu. Semua penyelesai­an itu direkodkan oleh mahkamah.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Fasha yang anggun berjubah dan bertudung hitam enggan mengulas lanjut mengenai prosiding itu dan hanya meminta pihak media merujuk statusnya di Instagram.

Bagaimanap­un dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan kepada media, Fasha dan Jejai memberitah­u penyelesai­an secara baik itu dibuat demi masa depan dua anak mereka.

“Alhamdulil­lah, Tuhan telah berikan petunjuk serta hidayah-Nya, jalan-jalan kebaikan di antara kami, supaya dapat mencapai penyelesai­an demi untuk masa depan anak-anak.

“Kami amat bersyukur dengan anugerah ini,” kata mereka menerusi kenyataan itu.

Fasha diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong manakala Jejai diwakili peguam syarie Ahmad Badri Idris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia