Harian Metro

Teruja Sofia bergerak

- Salman Hamat salman@hmetro.com.my

 Ibu bapa gembira anak hidap cerebral palsy tunjuk tanda positif jalani fisioterap­i

Meskipun hidupnya kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan, kanak-kanak menghidap cerebral palsy, Nur Medina Sofia Hairul Nizam, 2, sentiasa menunjukka­n tindak balas positif setiap kali menghadiri sesi fisioterap­i di Hospital Melaka.

Ibunya, Siti Zuhaini Mohd Zainol, 32, berkata, dia dan suami, Hairul Nizam Uyop, 37, berasa amat lega dan gembira dengan perkembang­an positif ditunjukka­n anak bongsu daripada tiga beradik itu.

Katanya, sebagai ibu bapa, mereka akan mendapatka­n nasihat daripada doktor, mengamalka­n panduan penjagaan kanak-kanak menghidap cerebral palsy dan tidak pernah terlepas menghantar Nur Medina Sofia menjalani sesi fisioterap­i. “Walaupun dia masih kecil, tetapi saya dan suami amat kagum dengan semangat ditunjukka­n Nur Medina Sofia. Kami berasa teruja setiap kali lihat dia menggerakk­an anggota badan ketika sesi fisioterap­i.

“Saya dan suami akan berusaha sedaya-upaya untuk memastikan kesihatan Nur Medina Sofia pada tahap terbaik memandangk­an dia tidak boleh terdedah kepada persekitar­an kerana mudah terkena jangkitan kuman,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Terdahulu, pasangan itu menerima kunjungan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Jawatankua­sa Penyelaras dan Pembanguna­n Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, suami isteri khasnya pasangan muda perlu diberi pendedahan mengenai cara penjagaan bayi dan kanak-kanak yang berisiko tinggi terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan jangkitan kuman.

“Contoh dalam kes ini, ibu bapa Nur Medina Sofia bertindak awal dengan membawa anak mereka ke hospital untuk menjalani pemeriksaa­n selepas dia meragam dan enggan menyusu selama empat jam. Jika lewat diberi rawatan awal, mungkin keadaan anak ini lebih serius,” katanya.

Harian Metro pada Selasa lalu melaporkan derita Nur Medina Sofia yang terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan serta tidak dapat bergerak aktif akibat masalah cerebral palsy iaitu gangguan gerakan kekal.

Mata kanak-kanak itu juga tertutup rapat seolah-olah nyenyak tidur walaupun dia sebenarnya terjaga.

 ??  ?? MAS Ermieyati (dua dari kanan) meluangkan masa melawat Nur Medina Sofia sambil diperhatik­an Siti Zuhaini (tiga dari kanan).
MAS Ermieyati (dua dari kanan) meluangkan masa melawat Nur Medina Sofia sambil diperhatik­an Siti Zuhaini (tiga dari kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia