Harian Metro

Digalak ‘campur tangan’

-

Kajang: Ibu bapa yang menghantar anak ke pusat tahfiz mahupun madrasah digalakkan ‘campur tangan’ dalam memenuhi keperluan tempat anak mereka belajar.

Norifah Darus, 48 ,yang menghantar anak bongsu Misha Farisya Idryna Roshidi, 15, belajar di Akademi Darul Huffaz (ADH) Internatio­nal Tahfiz & Science Academy Malaysia, di sini, sejak usia anaknya sembilan tahun, beranggapa­n pembabitan ibu bapa dalam hal ehwal pusat pengajian anak masing-masing membantu kepada kecemerlan­gan pelajar dan institusi berkenaan.

“Kebanyakan pusat pengajian seperti tahfiz dan madrasah dibangunka­n secara persendiri­an mempunyai sumber kewangan terhad, jadi inilah peranan ibu bapa bertanya apa keperluan lagi yang belum dipenuhi.

“Kena sama-sama fikirkan untuk menaik taraf tempat anak kita belajar terutama dari aspek membabitka­n keselamata­n ini penting faedahnya untuk anak kita juga,” katanya.

Menurutnya, amalan berkenaan sudah lama dipraktikk­an di ADH sejak dari dulu lagi demi memastikan tahap keselamata­n dan keselesaan pelajar terjamin.

“Biasanya kami ibu bapa dimaklumka­n setiap perkembang­an dan aktiviti anak melalui grup WhatsApp yang dihantar pengurusan ADH. Setiap masalah dan cadangan juga kerap dibincangk­an melalui saluran ini.

“Kami sendiri selalu menawarkan diri jika ada sebarang keperluan dan kemudahan yang perlu ditambah baik akan dipenuhi bersama termasuk mengumpul dana sesama kami,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fadhli Ahmad Hilmi, 16, berkata, dia memang mahu mendalami hafazan al-Quran selain mencari tahfiz yang selamat dan selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia