Harian Metro

Mahmud dijangka jadi kepala militan Daish Asia Tenggara

-

Lumpur: Ketua Daish Asia Tenggara. Itu jawatan terkini yang bakal disandang bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Mahmud Ahmad selepas ketiadaan pimpinan sebelum ini iaitu Isnilon Hapilon.

Isnilon yang masih mengalami kecederaan beberapa bulan lalu selepas bertempur dengan tentera Filipina dikatakan masih tidak berupaya untuk memimpin Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dan sebelum ini menyerahka­n kepada Mahmud dan Muhammad Joraimee Awang Raimee untuk meneruskan ‘perjuangan’ mereka.

Kelmarin, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Muhammad Joraimee yang juga bekas kakitangan Majlis Perbandara­n Selayang (MPS) disahkan terbunuh dalam satu serangan udara oleh tentera Filipina.

Pengarah Institut Kajian Penyelidik­an Strategik Malaysia (MyRISS) Dr Mohd Mizan Mohd Aslam berkata, sebelum ini Mahmud mengetuai cabang utama ASG iaitu Ansar Al-Shariah bersama Muhammad Joraimee selaku Komandan Operasi cabang terbabit. “Kita memang tahu bahawa Isnilon mengetuai ASG dan Ketua Daish Asia Tenggara namun selepas mengalami kecederaan berikutan pertempura­n, kepimpinan itu diserahkan sementara kepada Mahmud dan beberapa individu lain.

“Ansar Al-Shariah yang menjadi cabang utama gerakan ASG dipimpin oleh Mahmud sebagai ‘Ketua Agama’ (Spiritual Leader), manakala Muhammad Joraimee bertindak sebagai Komandan Operasi Ansar Al-Shariah.

“Bagaimanap­un, selepas Muhammad Joraimee yang disahkan terbunuh dalam serangan udara oleh tentera Filipina dan Isnilon yang masih mengalami kecederaan tidak mampu untuk melaksanak­an tugas seperti sedia kala, Mahmud bakal memimpin ASG secara keseluruha­n,” katanya kepada, di sini, semalam.

Mohd Mizan yang juga Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) berkata, Ansar Al-Shariah adalah ketumbukan terbesar ketenteraa­n ASG dan Mahmud boleh dianggap pemimpin penting dalam menggerakk­an misi cabang itu.

Beliau berkata, Mahmud dan Muhammad Joraimee sebelum ini bersama-sama memimpin cabang itu namun selepas kematian bekas kakitangan MPS itu, hanya tinggal Mahmud saja untuk memimpin Ansar Al-Shariah dan ASG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia