Harian Metro

Luluh lihat jasad bapa

- Maiamalina Mohamed Amin dan Mohamad Zulhairie Manzaidi maiamalina@hmetro.com.my

 Lelaki maut dipukul dengan kayu ketika mengail ikan di tebing tali air

Luluh hati seorang pemuda apabila melihat bapanya terlentang di tebing dekat tali air Kampung Ana, di sini, dengan muka dan kepalanya cedera parah.

Ketika Muhamad Nasaruddin Mohd Khairi, 22, tiba di situ, jam 10 malam kelmarin bapa kesayangan­nya, Mohd Khairi Mohd Yusof, 47, sudah meninggal dunia.

Perasaanny­a bercampur baur antara terkejut, sedih dan marah dengan pelaku yang memukul bapanya sedemikian rupa.

“Ketika saya tiba, keadaan ayah sangat teruk. Muka dan kepalanya berlumuran darah. Dia sudah tiada,” katanya di tempat kejadian tengah malam semalam.

Anak sulung daripada lima beradik itu kelihatan sugul dan sibuk menguruska­n mayat ayahnya yang perlu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk dibedah siasat.

Dia mewakili keluargany­a, selesai ditemu bual polis yang melakukan siasatan di tempat kejadian.

Katanya, menjadi rutin ayahnya mengail di tali air itu setiap minggu.

“Dalam seminggu, dua atau tiga kali dia mengail di sini. Tadi (malam kelmarin) dia keluar rumah jam 9 malam.

“Sebaik dimaklumka­n kawan ayah yang dia dipukul, saya terus ke sini (tempat kejadian) dan tidak mengizinka­n ibu ikut serta kerana bimbang dia terkejut melihat keadaan ayah.

“Ada sebatang kayu berlumuran darah ditemui dekat mayat ayah,” katanya yang memberitah­u jenazah dikebumika­n di tanah perkuburan Islam berdekatan rumah mereka di kampung berkenaan. Sementara itu, bapa mentua Mohd Khairi, Salleh Daud, 70, berkata, besannya bekerja sebagai buruh dan tidak mempunyai musuh. “Arwah memang selalu tangkap ikan di sini. Dia tidak mempunyai musuh dan hanya melakukan kerjanya.

“Saya mengetahui kejadian ini ketika hendak makan malam dan terus ke sini, ” katanya.

 ??  ?? DIN menunjukka­n kad OKU milik suspek pukul lelaki.
ANGGOTA polis membawa jasad
mangsa yang ditemui di tebing tali
air ke hospital.
DIN menunjukka­n kad OKU milik suspek pukul lelaki. ANGGOTA polis membawa jasad mangsa yang ditemui di tebing tali air ke hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia