Harian Metro

Suspek mengaku pukul mangsa di kedai makan

-

Kota Bharu: Suspek kes bunuh lelaki di tepi tali air Kampung Ana, Tumpat, kelmarin sempat memberitah­u pelanggan di kedai bahawa dia memukul mangsa.

Lelaki berusia 29 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) mental menunggang motosikal mangsa sebelum singgah di kedai makan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian sebelum memberitah­u perkara berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sebaik pelanggan mengetahui perkara itu, mereka cuba menangkap suspek namun sempat melarikan diri.

Bagaimanap­un, suspek ditahan polis jam 11 malam sebelum memberitah­u lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati, suspek yang juga jiran mangsa positif

selain memiliki tiga rekod jenayah berkaitan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Suspek direman seminggu bermula hari ini (semalam) dan motif pembunuhan terbabit dalam siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan,

dia di sini, semalam.

Menurutnya, suspek sepatutnya mendapatka­n rawatan enam bulan sekali di hospital, di sini.

“Mengikut rekod, kali terakhir suspek mendapatka­n rawatan pada Mac lalu dan perlu dirawat sekali lagi, bulan lalu.

“Kita siasat sama ada suspek melakukan perkara itu disebabkan tidak mendapatka­n rawatan atau perkara lain,” katanya.

Harian Metro melaporkan, seorang lelaki mati dalam keadaan telentang serta parah di muka dan kepala di tepi tali air.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia