Harian Metro

3 kali lepas ‘hajat’

- Khairul Najib Asarulah Khan am@hmetro.com.my

 Remaja perempuan buang air besar di depan kedai dobi

“Pada mulanya saya ingat najis anjing. Selepas diperiksa barulah saya tahu itu najis manusia.

“Saya kemudian membuat pemeriksaa­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati perbuatan itu dilakukan seorang remaja perempuan yang membuang air besar di tempat sama,” kata pengusaha dobi Datuk Adzwan Ab Manas.

Beliau berkata, najis itu ditemui berhampira­n pintu masuk premisnya di Jalan Manickavas­agam, Lobak, di sini, dan ia adalah kejadian pertama berlaku pada pertengaha­n bulan lalu dan beranggapa­n tindakan remaja itu disebabkan keadaan terdesak.

“Kejadian ini berlaku jam 1.30 tengah hari dan saya enggan membesarka­n isu ini. Namun kejadian sama berulang Selasa lalu dan kali ini ada dua najis berkenaan menyebabka­n saya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Berdasarka­n susuk tubuh yang dirakam dalam CCTV, saya percaya perbuatan itu dilakukan orang sama. Lebih mengecewak­an apabila perbuatan kali ketiga turut ‘direstui’ seorang wanita dewasa yang dipercayai ibunya.

“Saya tidak pasti ini disebabkan mereka menerima upah atau sebaliknya kerana kawasan ini turut mempunyai dobi lain, di samping sekitar kawasan ini terdapat banyak premis makanan. Jika tidak tahan sekalipun, pergi lah ke tandas premis makanan itu dan bukannya membuang najis di premis ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Adzwan berkata, sejak menjalanka­n perniagaan itu hampir tiga tahun, ini kejadian pertama berlaku di premisnya dan demi keselamata­n premis, dia akan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Seremban 2, di sini.

“Saya tidak mahu perbuatan tidak bermoral ini menjejaska­n pengunjung ke sini,” katanya. Polis sudah mengambil dan merakam keterangan suami mangsa samun dan bunuh di Kampung Hijrah, Penor, di sini, untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, keterangan Nasrul Mansor, 32, sudah diambil pegawai penyiasat bagi membantu siasatan dan mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

Dalam kejadian jam 8 pagi 29 September lalu, mangsa, Norhasilah Ismail, 34, ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dan perut dipercayai disamun sebelum dibunuh suspek.

Suspek yang memakai topeng dikatakan melarikan kotak perakam kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa sebelum mayat wanita itu ditemui suaminya pada jam 12.30 tengah hari pada hari sama.

 ??  ??
 ??  ?? REMAJA sedang membuang air besar
di pintu masuk kedai dobi.
RAKAMAN CCTV mendapati remaja sedang membuang air besar di pintu masuk sebuah kedai dobi.
REMAJA sedang membuang air besar di pintu masuk kedai dobi. RAKAMAN CCTV mendapati remaja sedang membuang air besar di pintu masuk sebuah kedai dobi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia