Harian Metro

Setitik boleh bawa maut

-

 Pakar beritahu Malaysia tiada kelengkapa­n untuk sekat kemasukan agen saraf VX

dan mata?

DR RAJA: Ya

WAN: Anda diberi tiga situasi ini, pada pendapat Doktor Raja cara mana yang terbaik?

DR RAJA: Pada pendapat saya, jika berada dalam kedudukan itu, saya akan meletakkan­nya di bahagian mata dan kulit di bahagian leher.

WAN: Kenapa?

DR RAJA: Ia kerana kemasukan VX lebih cepat melalui mata. Jika cara menyembur, kita perlu menggunaka­n pelarut untuk mengurangk­an tahap kelikatan.

WAN: Mata kita kecil, jadi kita perlu tumpu pada bahagian mata saja untuk memasukkan VX ini?

DR RAJA: Ya.

WAN: Ada keterangan yang mengatakan VX adalah cara paling cepat untuk membunuh. Boleh anda komen?

DR RAJA: VX adalah agen saraf paling bertoksik yang pernah dibuat oleh manusia.

WAN: Ia tidak berwarna, tidak mempunyai rasa atau bau, kenapa VX adalah cara terbaik untuk membunuh?

DR RAJA: Anda boleh menyasarka­n individu tertentu tanpa memberi kesan kepada keadaan sekeliling.

Dr Raja adalah satu-satunya warga Malaysia memperoleh doktor falsafah (PhD) dalam bidang analisis senjata kimia.

Warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan wanita Vietnam, Doan Thi Huong, 28, didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, 45, abang pemimpin Korea Utara di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), pada jam 9 pagi, 13 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung Isnin depan.

 ??  ?? SITI Aisyah (dua dari kiri) dan Doan (dua dari kanan) dibawa masuk ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam,
semalam.
SITI Aisyah (dua dari kiri) dan Doan (dua dari kanan) dibawa masuk ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam.
 ??  ?? DR Raja
DR Raja

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia