Harian Metro

Dekat di hati

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

 Rosmah akui tragedi menimpa pelajar tahfiz sangat dirasai

Tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang mengorbank­an 23 nyawa, 14 September lalu memberi kesan mendalam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekeluarga memandangk­an hubungan antara mereka sudah terjalin sejak beberapa tahun lalu.

Perkara itu diakui isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang menyifatka­n anak-anak tahfiz berkenaan amat istimewa dan dekat di hati mereka.

“Sejak beberapa tahun lalu, setiap hari Khamis pelajar tahfiz ini hadir di kediaman peribadi saya di Taman Duta, Kuala Lumpur untuk melakukan ibadah seperti membaca surah Yasin, ayat Manzil dan mengadakan solat hajat untuk kami sekeluarga.

“Pada Ramadan pula, anak tahfiz ini menyerikan lagi Majlis Khatam al-Quran selain menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga dan pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Datuk Keramat, Kuala Lumpur di Kompleks Seri Perdana, di sini, semalam.

Perdana Menteri yang kembali dari pejabat turut bersama-sama Rosmah meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk beramah mesra

dengan waris keluarga, pelajar dan guru tahfiz yang hadir pada majlis berkenaan.

Turut hadir, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h Mohd Zahid Mahmood.

Rosmah yang juga Yang di-Pertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) serta Penaung Tabung Kesejahter­aan Kanak-Kanak Sedunia berkata, jika dikenang banyak detik indah beliau sekeluarga bersama anak-anak tahfiz terbabit.

“Tidak dinafikan perasaan ini sayu apabila terbayangk­an wajah suci dan gelagat mereka. Sememangny­a kehilangan mereka amat dirasai dan ia adalah sesuatu yang pahit untuk dikenang.

“Namun, sebagai Muslim dan Muslimat kita harus reda dengan ketentuan Ilahi dan bersabar dengan ujian ini. Saya mendoakan supaya Allah merahmati mereka dan menempatka­n mereka dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Sementara itu, RM1.6 juta disumbangk­an BAKTI, Tabung Tabung Kesejahter­aan Kanak-kanak Sedunia dan seorang individu yang enggan dikenali kepada waris keluarga, pelajar dan guru tahfiz yang terbabit dalam insiden berkenaan.

BAKTI dan Tabung Kesejahter­aan Kanak-kanak Sedunia menyumbang RM288,000 manakala individu berkenaan memberi sumbangan lebih RM1.3 juta.

Mengenai sumbangan, beliau berkata, waris yang kehilangan ahli keluarga menerima sumbangan RM10,000 iaitu masing-masing RM5,000 dari BAKTI dan Tabung.

Sementara, pelajar yang mengalami kecederaan menerima RM6,000 manakala pelajar yang selamat menerima RM2,000 setiap seorang.

“Alhamdulil­lah, pada hari ini juga terdapat seorang individu yang sangat bermurah hati menyumbang RM50,000 kepada setiap waris yang kehilangan ahli keluarga, RM20,000 untuk setiap pelajar yang cedera dan RM5,000 kepada setiap pelajar yang selamat,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi 14 September lalu, seramai 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Datuk Keramat, Kuala Lumpur terkorban selepas terperangk­ap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian itu dan tujuh suspek lelaki berusia antara 11 hingga 18 tahun ditahan di sekitar lokasi, sehari selepas kejadian.

Berikutan itu, dua remaja lelaki berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 28 September lalu atas pertuduhan secara bersama melakukan bunuh dengan menyebabka­n kematian ke atas 21 pelajar dan dua guru di pusat berkenaan antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada dua tertuduh itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Prosiding dijalankan secara tertutup kerana ia membabitka­n kes juvana.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 November depan sebagai sebutan semula kes.

 ??  ?? ROSMAH beramah mesra dengan keluarga mangsa. Turut kelihatan, Mohd Zahid (kanan) pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kepada Keluarga dan Pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Seri Perdana.
ROSMAH beramah mesra dengan keluarga mangsa. Turut kelihatan, Mohd Zahid (kanan) pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Kepada Keluarga dan Pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Seri Perdana.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia