Harian Metro

Musnah 30 bot Tuduh bakar rumah

-

 Kerajaan Bangladesh turut tahan tekong seludup Muslim Rohingya

Kerajaan Bangladesh memusnahka­n sekurang-kurangnya 30 bot nelayan bagi menghalang kapten ataupun tekong tempatan menyeludup pelarian Rohingya dan dadah melintasi sempadan Myanmar.

Pengawal sempadan merampas kapal dan menangkap kapten, Selasa lalu, kerana menyeludup lebih 700 Muslim Rohingya melintasi sungai dari barat Rakhine di Myanmar.

Menurut pengawal sempadan seperti dilaporkan AFP, kapten bot nelayan itu ditangkap kerana memiliki 100,000 pil yaba iaitu pil perangsang haram yang popular di Bangladesh.

Katanya, lebih daripada setengah juta etnik Rohingya melarikan diri dari Rakhine sejak Ogos lalu dan kebanyakan­nya menggunaka­n bot untuk menyeberan­gi Sungai Naf yang membahagik­an Myanmar dan Bangladesh.

“Broker ini (tukang bot) menyeludup orang,” kata pengawal sempadan kepada AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana dia tidak dibenarkan bercakap dengan media.

“Kami diarah memusnahka­n 30 bot iaitu kapal yang ditarik tangan, tidak menggunaka­n enjin,” katanya yang turut memberitah­u, bot tidak bermotor digunakan untuk mengelak ia dikesan pihak berkuasa.

Seorang pegawai kerajaan mengesahka­n 39 etnik Rohingya yang kebanyakan­nya tinggal di Bangladesh dipenjarak­an selama enam bulan kerana ‘menguruska­n’ pelarian bagi melintasi Naf.

“BGB (Pengawal Sempadan Bangladesh) melakukan kerja yang berkesan,” kata Zahid Siddique, seorang majistret tempatan dan pentadbir kerajaan.

Pemilik kapal, anak kapal dan nelayan dikesan mengenakan bayaran AS$250 (RM1,000) bagi perjalanan yang mengambil masa dua jam berbanding kebiasaann­ya AS$5 (RM21) untuk menyeberan­gi sungai berkenaan.

Bangladesh Elit dari Batalion Tindakan Rapid minggu ini dilapor menyelamat­kan 20 etnik Rohingya yang diperdaya kumpulan nelayan dengan mengenakan bayaran tinggi.

Beberapa etnik Rohingya yang tiba di Shah Porir Dwip memberitah­u AFP, pemilik bot menuntut mereka menyerahka­n emas, permata dan wang tunai sebelum membenarka­n mereka menyeberan­gi sungai berkenaan.

Nelayan tempatan dituduh bukan saja menyeludup manusia, malah turut membawa dadah seperti 100,000 pil yaba yang disita pengawal sempadan.

Pegawai BGB berkata, dadah campuran methamphet­amine dan kafein yang popular dalam kalangan belia Bangladesh itu disembunyi­kan di dalam bot. - AFP Yangon: Pejabat ketua komandan tentera Myanmar mengeluark­an kenyataan pada Khamis bahawa militan Rohingya membakar rumah di Rakhine untuk mempercepa­tkan penghijrah­an minoriti Muslim, tuduhan baru oleh tentera mengenai kejadian pembakaran kampung.

Lebih 500,000 Rohingya Muslim melarikan diri dalam pertumpaha­n darah di Myanmar bagi tempoh enam minggu yang lalu dan jumlahnya semakin meningkat.

Minggu ini Bangladesh melaporkan 4,000 hingga 5,000 orang awam menyeberan­gi sempadan setiap hari, manakala 10,000 orang lagi menunggu di kawasan sempadan.

Rohingya yang berjaya tiba di Bangladesh mendakwa serangan selalu berlaku tiba-tiba oleh pihak tentera Myanmar dalam usaha menakutkan penduduk di wilayah Rakhine yang masih menjadi kawasan kediaman masyarakat Muslim.

Namun, menurut kenyataan laman Facebook (FB) pejabat ketua tentera, Min Aung Hlaing berkata, kejadian tujuh rumah di kampung Rohingya yang dibakar awal Rabu lalu dimulakan pihak ‘Einu’ atau militan dari Arakan iaitu pemberonta­k Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (ARSA).

“Pasukan keselamata­n yang ‘bekerja untuk kedaulatan undang-undang’ di Mi Chaung Zay bandar Buthidaung membantu penduduk kampung memadamkan kebakaran yang berlaku sekitar 2.40 pagi pada 4 Oktober,” katanya dalam kenyataan di laman FB itu.

Menuduh pengganas ekstrem ARSA Einu, kenyataan itu mengatakan ia mendesak ramai melarikan diri dari kampung Rohingya ke Bangladesh.

Krisis pelarian meletus selepas serangan ARSA terhadap pos polis Myanmar pada 25 Ogos lalu.

Pelarian yang selamat tiba di Bangladesh mendakwa tentera Myanmar dan perusuh etnik Rakhine menyembeli­h serta membakar kampung mereka.

Kumpulan hak asasi manusia mengatakan menerusi data satelit menyediaka­n bukti ‘bumi yang hangus secara sistematik’ yang mensasarka­n kampung Rohingya, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan ia seperti pembersiha­n etnik. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? ANAK Rohingya ketika di khemah Palang Khali berhampira­n Cox's Bazar, Bangladesh.
ANAK Rohingya ketika di khemah Palang Khali berhampira­n Cox's Bazar, Bangladesh.
 ??  ?? SEORANG Muslim Rohingya menyiapkan makan malam di dalam khemah di Balukhali.
SEORANG Muslim Rohingya menyiapkan makan malam di dalam khemah di Balukhali.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia