Harian Metro

Buang sikap putus asa

- orang lain. Kita mungkin bercitacit­a menjadi pelajar terbaik SPM di sekolah tetapi rakan memperkeci­lkan hasrat itu. Mereka mengejek kononnya perkara itu hanya angan-angan semata-mata. Mereka memberikan 1,001 alasan mengapa anda tidak mampu untuk melakuk

 Tanamkan dalam diri perlu terus berusaha gapai impian

Imam Ahmad dan atTirmidzi meriwayatk­an hadis daripada az-Zubair bin al-Awwam, daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Penyakit umat-umat sebelum kalian menyerang kalian iaitu dengki dan benci. Benci adalah pemotong, pemotong agama dan bukan pemotong rambut. Demi zat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, kalian tidak beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang jika kalian kerjakan maka kalian saling mencintai? Sebar kanlah salam di antara kalian.”

Salah seorang guru kepada Thomas Alva

Edison pernah mengatakan dia terlalu bodoh untuk mempelajar­i sesuatu perkara.

Namun begitu, beliau diiktiraf sebagai salah seorang pencipta terulung sepanjang zaman. Apabila meninggal dunia, Edison memegang 1,300 hak paten di seluruh dunia.

Kebanyakan kita apabila diberitahu sesuatu perkara tidak boleh dilakukan, kita akan berputus asa. Kebanyakan manusia hari ini daripada golongan yang tidak bahagia dan berpuas hati dengan kehidupan mereka.

Mereka adalah daripada golongan yang tidak mempunyai pencapaian dan impian hebat dalam hidup. Hal itu membuatkan mereka berasa kekurangan dan rendah diri.

Mereka akan mencari jalan untuk membuatkan diri berasa hebat. Salah satu jalan yang paling mudah adalah dengan merendah-rendahkan

Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain (kerana) bagi laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi perempuan (pun) ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurniaanNy­a. Sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

Surah an-Nisa’, ayat 32

pencapaian mereka.

Hakikatnya, orang berjaya tidak akan memperkeci­l-kecilkan pencapaian orang lain kerana mereka sibuk memikirkan pencapaian sendiri.

Terdapat dua langkah utama yang perlu kita ambil dalam membuat keputusan:

1. Sebelum membuat sesuatu keputusan, pastikan keputusan yang akan diambil selaras dengan syariat Islam.

Lakukan solat sunat istikharah untuk meminta petunjuk daripada Allah SWT. Kesilapan biasa dilakukan kebanyakan orang adalah membuat keputusan mengikut cita rasa sendiri kemudian barulah berdoa supaya sasaran itu berjaya dicapai.

Kita manusia biasa yang mempunyai kemampuan akal yang terhad. Sesuatu yang kelihatan pilihan terbaik pada masa kini mungkin bukan pilihan yang baik untuk masa hadapan, malah mungkin mendatangk­an masalah.

2. Rujuk dan cari maklumat secukupnya terlebih dahulu.

Internet hari ini menghidang­kan pelbagai sumber maklumat dan kita perlu bijak menilai sumber yang berkredibi­liti untuk dijadikan sebagai rujukan.

Berjumpala­h dengan pihak yang berkelayak­an seperti kaunselor dan individu yang berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Minta nasihat dan pandangan mereka mengenai perancanga­n anda terutamany­a risiko dan peluang.

Ada satu kisah, seorang remaja mencuba nasib dalam satu uji bakat untuk mencari penyair baru. Ketika uji bakat dijalankan, remaja berkenaan mendendang­kan dengan penuh kesungguha­n bagi menarik perhatian penilai supaya dia terpilih.

Selepas memberikan persembaha­n terbaik, alangkah sedihnya hati remaja itu apabila diberitahu oleh penilai dia tidak berbakat. Dengan rasa hampa, dia pun pulang dan berazam tidak akan sesekali menceburka­n diri dalam bidang itu.

Beberapa tahun kemudian, ketika remaja itu berjalan-jalan di bandar, dia terserempa­k dengan penilai yang pernah menyingkir­kannya dalam uji bakat itu.

Dia menyapa penilai itu dan terdetik hatinya untuk bertanya sebab dia disingkirk­an. Penilai itu menjawab “Oh, pada hari itu ‘mood’ saya tak baik. Dengan semua orang pun saya bercakap perkara yang sama.”

Remaja itu membalas dengan nada marah: “Tapi anda menghancur­kan impian saya!”

Kesimpulan­nya, selagi apa yang kita usahakan selari dengan syariat Islam, jangan biarkan orang lain menghakimi kemampuan kita untuk melaksanak­an usaha itu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain (kerana) bagi laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi perempuan (pun) ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurniaan-Nya. Sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah an-Nisa’, ayat 32)

 ??  ?? MANUSIA harus mencontohi bunga anggerik yang kental daya tahannya kerana boleh hidup di taman bunga atau tumbuh liar di hutan belantara.
MANUSIA harus mencontohi bunga anggerik yang kental daya tahannya kerana boleh hidup di taman bunga atau tumbuh liar di hutan belantara.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia