Harian Metro

Pakaian bergambar ketika solat

- Penulis ialah pendakwah

Apakah hukum memakai pakaian yang ada gambar ketika solat?

Pendirian Islam mengenai perkara itu jelas iaitu gambar atau imej yang dilarang adalah gambar yang disembah dan dimuliakan.

Justeru, kita tidak boleh memakai pakaian mempunyai gambar yang dimuliakan dan disembah.

Islam menghendak­i penganutny­a menjaga imej dengan berpakaian sopan, menjaga maruah dan menikmati apa yang dicipta Allah SWT dengan menggunaka­n pakaian dan perhiasan yang halal.

Salah satu syarat berpakaian ialah pakaian itu hendaklah bersih, senonoh dan menutupi semua aurat.

Allah mengurniak­an pakaian dan perhiasan kepada manusia sebagai salah satu rahmat-Nya kepada manusia.

Allah berfirman dalam Surah al-A’raf, ayat 26 yang bermaksud:

“Wahai anak Adam! Kami menurunkan kepada kamu (bahanbahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan. Dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.”

Malah, umat Islam disuruh menjaga penampilan­nya terutama apabila pergi ke tempat ibadat. Allah SWT berfirman dalam Surah al-A’raf ayat 31 yang bermaksud: “Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjaka­n sembahyang).”

Pakaian orang Islam hendaklah bersih dan mulia pada setiap waktu. Begitu juga pada waktu solat, kita perlu memberi perhatian khas mengenai cara kita berpakaian.

Ada banyak hadis

Nabi melarang membuat gambar. Walaupun menurut kebanyakan ahli fiqah, gambar tidak tergolong dalam kategori yang diharamkan dalam Islam.

Namun, ahli fiqah sebulat suara mengatakan tempat ibadat hendaklah bebas daripada sebarang gambar orang atau gambar binatang.

Tujuannya untuk memelihara tauhid atau keesaan Allah SWT serta mengelak daripada sebarang bentuk syirik di tempat ibadat.

 ??  ?? Bersama Datuk Dr Zahazan
Mohamed
Bersama Datuk Dr Zahazan Mohamed

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia