Harian Metro

Balik hospital tukar pengakuan

-

Ipoh: Seorang tertuduh lelaki yang terpaksa dikejarkan ke hospital kelmarin selepas Hakim Mahkamah Sesyen mendapati kaki kanannya luka teruk akibat diabetes, menukar pengakuan kepada tidak bersalah, semalam.

Sebelum itu, mahkamah dijadual menjatuhka­n hukuman terhadap Lee Kee Heong, 63, selepas tertuduh mengaku bersalah, kelmarin ketika sebutan semula kes.

Ia membabitka­n dakwaan menawarkan dan memberi rasuah berjumlah keseluruha­n RM3,000 pada 17 dan 18 Ogos 2016 kepada Penolong Penguasa Jabatan Imigresen Perak Abdul Majid Mohamed bagi melepaskan warga Pakistan, Qaiser Iftikhar yang ditahan atas kesalahan tamat tempoh pas.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) R Kumuthamba­la.

Bagaimanap­un, kes terpaksa ditangguhk­an kelmarin bagi membolehka­n tertuduh mendapatka­n rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas Hakim S Indra Nehru mengarahka­n tertuduh segera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Polis yang bertugas di mahkamah kemudian menghantar tertuduh ke HRPB untuk rawatan dan kemudian dilihat kembali bersama tertuduh ke mahkamah pada jam 3 petang.

Sebaik mahkamah bersambung, peguam yang baru dilantik keluarga tertuduh, Chiang Mei Wan meminta hakim menangguhk­an keputusan hukuman terhadap tertuduh dan memaklumka­n adik kandung Kee Heong ingin hadir ke mahkamah, semalam untuk mendengar keputusan hukuman tertuduh.

Bagaimanap­un, Kee Heong menukar pengakuann­ya dan minta dibicaraka­n apabila dihadapkan semula, semalam.

Berikutan itu, Indra Nehru mengarahka­n tertuduh dikenakan jaminan RM24,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua tuduhan dan menetapkan 23 Oktober ini bagi sebutan semula kes.

 ??  ?? LEE terpaksa dikejarkan ke hospital kelmarin selepas Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh mendapati kaki kanannya luka
teruk akibat diabetes.
LEE terpaksa dikejarkan ke hospital kelmarin selepas Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh mendapati kaki kanannya luka teruk akibat diabetes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia