Harian Metro

‘Mereka punya niat jahat’

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Yusoff Ayob

“Mereka mempunyai niat jahat...ingin menjatuhka­n maruah saya...menghina saya serta mempunyai agenda tertentu.” Itu kenyataan bela diri bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancanga­n dan Operasi) Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob di Mahkamah Majistret, semalam.

Yusof berkata demikian ketika memberi kenyataan membela diri dari kandang saksi di hadapan Majistret Muhammad Zaki Abd Kudos.

Muhammad Zaki mengarahka­n Yusoff membela diri

Saya dapati mereka berniat jahat pada saya dan beberapa hari kemudian, pejabat Ketua Pengarah (JPJ) dipecah oleh anggota daripada bahagian sama”

selepas pihak pendakwaan berjaya membuktika­n prima facie terhadap kes berkenaan.

Yusoff memaklumka­n tindakan dua pegawai penguat kuasa JPJ merakam gambarnya memandu di lorong kecemasan pada 7 Oktober tahun lalu dilihat mempunyai niat jahat untuk menjatuhka­nnya.

Menurutnya, beliau berkata sedemikian kerana mendapati gambarnya yang dirakam memandu kenderaan turut diviralkan di media sosial keesokan harinya.

“Saya dapati mereka berniat jahat pada saya dan beberapa hari kemudian, pejabat Ketua Pengarah (JPJ) dipecah oleh anggota daripada bahagian sama.

“Perbuatan ini ada agenda tertentu dan berniat jahat terhadap saya dan pengurusan tertinggi JPJ,” katanya.

Pada 25 Julai lalu, Yusoff, 58, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu di lorong kecemasan di dalam kereta bernombor plat BLY 68 di Lingkaran Putrajaya, Putrajaya pada jam 6.27 petang, 7 Oktober 2016.

Dalam pada itu, Muhammad Zaki turut menetapkan 16 Oktober ini untuk keputusan kes berkenaan.

Sementara itu, Yusoff berkata, beliau bertindak memandu di lorong kecemasan ketika itu kerana berasa bertanggun­gjawab untuk membuat pemantauan mengenai kesesakan teruk di kawasan itu.

Menurutnya, beliau mendapati terdapat dua anggota JPJ yang memberhent­ikan kenderaan di bahu jalan sebelum meneruskan pemanduan dan berhenti selepas Plaza Tol Putrajaya untuk menghantar pesanan dalam kumpulan WhatsApp bagi bertanyaka­n operasi itu.

“Saya bertanyaka­n mengapa anggota berkenaan membuat operasi di tempat tidak sesuai dan tidak mengikut prosedur kerana ia dilihat menambahka­n lagi kesesakan di kawasan itu. Saya menerima balasan pesanan daripada bahagian penguatkua­saan JPJ Selangor yang memaklumka­n dua anggota berkenaan bukan dari Selangor sebaliknya dari Ibu Pejabat JPJ Putrajaya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia