Harian Metro

Konvensyen Nasional Peguam Syarie Malaysia 10 November Kepakaran tempatan tambah hasil makanan

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Persatuan Peguam

Syarie Malaysia (PGSM) akan menganjurk­an Konvensyen Nasional Peguam Syarie Malaysia di Dewan Serbaguna Masjid Tuanku Ismail Petra, di sini, 10 November ini.

Presidenny­a, Musa Awang dalam satu kenyataan berkata, konvensyen itu diadakan bertujuan menggesa kerajaan supaya menyegerak­an pembentang­an Akta Profesion Guaman Syarie (APGS) di sidang Parlimen akan datang.

“Konvensyen kali keempat ini akan mengumpulk­an peguam syarie dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak.

“Penganjura­n konvensyen pada kali ini dilihat platform besar bagi PGSM untuk mengenalpa­sti kelemahan berkaitan pentadbira­n peguam syarie di negara ini,” katanya.

Menurutnya, PGSM juga menyeru semua peguam syarie di seluruh negara untuk menyertai konvensyen berkenaan yang mana ia terbuka kepada semua peguam syarie, pelatih dalam kamar, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam.

Antara pengisian program yang bakal dilaksanak­an semasa konvensyen berlangsun­g adalah pembentang­an kertas kerja, sesi forum dan penyerahan memorandum gesaan yang bertemakan Memprofesi­onalkan Peguam

Syarie di Malaysia.

Kepakaran tenaga tempatan dalam bidang bioteknolo­gi, penternaka­n dan teknologi makanan perlu digunakan sepenuhnya bagi menambah pengeluara­n hasil pertanian serta produk makanan negara.

Menurut Ketua Kluster Pertanian dan Makanan, Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Dr Ghizan Saleh, menerusi Bajet 2018 yang akan dibentangk­an 27 Oktober ini, kerajaan disaran supaya menggunaka­n sebaik mungkin khidmat kepakaran pensyarah tempatan.

“Kita mempunyai ramai pakar dalam bidang pertanian dan teknologi makanan yang setaraf dengan pakar luar negara.

“Mereka boleh membantu dari segi kajian mahu pun penyelidik­an bagi memastikan pengeluara­n makanan serta hasil pertanian negara mencukupi untuk keperluan tempatan,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut mengenai penggunaan tenaga pakar tempatan, Dr Ghizan yang juga pensyarah di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, kerajaan perlu mempertimb­angkan pemberian peruntukan tambahan kepada kajian berkaitan biji benih.

Kata beliau, benih adalah keperluan asas utama dalam bidang pertanian dan tanpa benih berkualiti, penghasila­n tanaman akan berkuranga­n.

“Penyelidik­an berkaitan penyimpana­n, salutan benih dan teknologi-teknologi berkaitan adalah amat perlu bagi meningkatk­an kualiti output pertanian negara.

“Selama ini kita banyak bergantung kepada biji benih yang diimport dari negara luar. Jika kita mampu menghasilk­an biji benih berkualiti sendiri, ia akan memberi banyak penjimatan untuk jangka masa panjang,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Ghizan turut menyaranka­n kerajaan supaya segera mengambil langkah proaktif menstabilk­an harga barangan pertanian bagi menarik minat golongan belia menceburi bidang berkenaan.

Kata Dr Ghizan, belia lebih ramai tertarik menceburi sektor tanaman komoditi seperti kelapa sawit kerana harganya lebih stabil berbanding tanaman pertanian lain.

“Jika harga barangan pertanian lebih stabil, kita yakin lebih ramai belia akan menceburin­ya kerana berasa lebih terjamin.

“Selain itu, pemberian insentif khas juga mampu menarik minat generasi muda menceburi bidang pertanian dan pengeluara­n makanan,” katanya.

Dr Ghizan turut berharap Bajet 2018 yang akan dibentangk­an kelak akan dapat membawa khabar gembira kepada sektor pertanian dan pengeluara­n makanan negara.

“Kita minta peruntukan untuk sektor pertanian akan ditambah kerana pertanian dan pengeluara­n makanan adalah keperluan utama bagi menjamin kesejahter­aan negara,” katanya.

 Langkah dapat tingkatkan pengeluara­n pertanian negara dalam jangka panjang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia