Harian Metro

‘Bantu juga penjaganya’

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Bukan hanya kucing sakit perlu dibantu malah pemiliknya juga perlu diberi perhatian berikutan dibimbangi menghadapi masalah psikologi.

Itu saranan Kelab Kucing Malaysia (KKM) yang tidak mahu orang ramai terus menyalahka­n pemilik kucing itu sepenuhnya ekoran tindakan lelaki itu membela kucing dalam keadaan rumah yang sempit dan tidak bersih.

Presiden KKM Khalid Rashid berkata, sebagai orang yang normal dan mempunyai pemikiran yang waras, mereka tidak akan melakukan perkara demikian.

“Seseorang yang normal dan tidak suka pada kucing pastinya tidak akan memelihara haiwan itu. Malah ada yang sanggup mendera dan memotong anggota badan kucing,” ulasnya berhubung tindakan seorang lelaki membiarkan 46 kucing belaannya tidak terurus di rumahnya di Bandar Baru Sentul, di sini.

Tindakan itu bagaimanap­un dibongkar Persatuan Sahabat Kucing Jalanan, tengah hari kelmarin.

“Berdasarka­n situasi lelaki ini, dia memang sayangkan kucing namun mungkin faktor masalah mental, tekanan perasaan atau simptom lain yang menyebabka­n dia melakukan tindakan itu,” katanya.

Beliau berkata, justeru, pihaknya mahu lelaki itu juga dibantu sama ada dari segi rawatan, kewangan dan perkara yang sepatutnya.

“Kesian, memang kesian kepada semua kucing yang diselamatk­an itu. Tapi lelaki itu juga perlu diselamatk­an dan saya menyaranka­n pihak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) menyiasat seterusnya memberikan bantuan sesuai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Khalid berkata, walaupun wujud segelintir individu yang mengalami masalah mental, itu bukan lesen untuk mereka memperlaku­kan haiwan seperti dalam kes lelaki itu.

“Apa yang saya lihat lelaki ini tidak mahu menerima bantuan untuk merawat kucingnya. Jika betul-betul sayang, dia sepatutnya membenarka­n pihak yang sanggup menghulurk­an bantuan untuk menolongny­a,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia