Harian Metro

Kawal harga 16 jenis barang

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

 Skim dijalankan 10 hari sempena

Deepavali berkuat kuasa mulai 13 Oktober ini

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) menyenarai­kan 16 jenis barang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Perayaan (SKHMP) sempena Deepavali berkuat kuasa di seluruh negara mulai 13 Oktober ini.

Skim yang dijalankan selama 10 hari itu membabitka­n pelbagai jenis barangan terutama ayam hidup termasuk standard dan super, telur ayam, daging kambing tempatan dan import bertulang.

Ia yang dikuatkuas­akan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 itu juga merangkumi tomato, cili merah, kelapa biji dan parut, bawang merah dan besar import selain ubi kentang import serta kacang dal.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit itu dilakukan mengikut kesesuaian bagi memastikan penguatkua­saan kawalan harga lebih berkesan dan berpatutan terutama kepada pengguna.

“Ia antaranya ditentukan menerusi faktor pemantauan harga di semua daerah seluruh negara sejak tahun lalu dan pungutan harga ditetapkan secara mingguan oleh KPDNKK.

“Selain itu, ia merangkumi pandangan pelbagai agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) serta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Ia turut membabitka­n perbincang­an dengan pengeluar, pengimport, pembekal dan pemborong barangan berkenaan,” katanya ditemui pada majlis pengumuman itu di pasar raya besar AEON Big Klang di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha kementeria­n itu, Datuk Seri Jamil Salleh serta Pengarah Urusan AEON Co Malaysia Berhad, Shinobu Washizawa.

Hamzah berkata, peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum ditentukan.

“Tindakan tegas dikenakan ke atas individu menjual harga lebih iaitu denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000, jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau meminta pengguna yang mempunyai maklumat atau aduan mengenai kesalahan itu menghubung­i

(1MOCC) di talian 03-8000 8000 atau Pusat lnformasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) di talian bebas tol 1-800-886-800 atau aplikasi telefon pintar Ez ADU serta e-mel ke alamat e-aduan@kpdnkk.gov.my. Petaling Jaya: Pihak swasta diminta membantu kerajaan menyediaka­n lebih banyak rumah mampu milik berharga sekitar RM300,000 ke bawah kepada rakyat.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, pihak kerajaan melaksanak­an banyak projek perumahan dalam usaha untuk mencapai sejuta rumah mampu milik.

“Kerajaan belanja banyak wang dalam usaha membantu rakyat mendapatka­n rumah. Jadi, saya minta tolong semua pemaju menyediaka­n lebih banyak rumah mampu milik.

“Sekarang saya tengok rumah harga RM600,000, hingga RM700,000. Ya, kita faham masalah pemaju, harga tanah mahal, material mahal. Tapi kita minta juga kalau pemaju boleh memberi pertimbang­an untuk rumah mampu milik, lebih kurang RM300,000 ke bawah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Perumahan dan Hartanah Kebangsaan 2017 di Sunway Resort Hotel & SPA, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia