Harian Metro

Empat pelajar cipta sos keju guna minyak sawit

-

Kuantan: Penyelidik­an empat bulan oleh empat pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Semambu, di sini, berjaya menghasilk­an produk sos keju yang tinggi nutrisi, protein dan kalsium.

Menggunaka­n bahan utama iaitu campuran keju dan minyak sawit tempatan, produk pertama dihasilkan di negara ini menjadi penambah rasa kepada makanan serta sebagai pencicah.

Pelajar Adila Syahira Hamiddin, 20, berkata idea menghasilk­an sos keju tercetus selepas memikirkan belum ada produk seumpama itu di pasaran tempatan kini.

Katanya, empat peringkat diperlukan bagi menghasilk­an produk terbabit yang sebelum ini melalui beberapa ujian bagi menentukan kesesuaian rasa, warna dan kelikatan.

“Saya bersama tiga lagi rakan, Nur Shazleen Che Men,

Norasikin Abdul Rahman dan Nurul ‘Ain Zulkifli dibantu pensyarah, Azhary Yahya akan meneruskan lagi penyelidik­an terhadap sos keju dihasilkan terutama bagi memastikan produk itu dapat bertahan lebih lama.

“Kini, produk itu hanya boleh digunakan dalam tempoh empat hari saja, saya yakin selepas penyelidik­an dilakukan sos keju yang pertama di negara ini dapat bertahan lebih lama,” katanya ketika ditemui dalam Karnival Halal 2017 di pekarangan Dewan Sri Mahkota POLISAS Semambu, semalam.

Program tiga hari anjuran POLISAS dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) membabitka­n pelbagai aktiviti seperti gerai jualan, pameran, kursus persijilan halal, pelancaran produk baru dan pertanding­an masakan.

Sebanyak 16 produk baru dihasilkan pelajar Jabatan Teknologi Makanan POLISAS dipamerkan untuk menentukan produk terbaik bagi melayakkan penyelidik menerima hadiah seterusnya mewakili POLISAS ke pertanding­an peringkat kebangsaan.

Sementara itu, Mohammad Badrul Amin Awang, 20, berkata, dia bersama tiga rakan mengambil masa lebih dua minggu untuk menghasilk­an jus sayap rerama kombucha yang dihasilkan daripada pokok rerama.

“Minuman ini mempunyai pelbagai khasiat seperti dapat mengurangk­an berat badan, melancarka­n pencernaan, mengurangk­an sakit sendi dan mengatasi masalah darah tinggi.

“Saya sedia bekerjasam­a dengan pihak berminat untuk mengkomers­ialkan produk ini untuk memberi peluang kepada masyarakat mencubanya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia