Harian Metro

Sita duit RM29 juta

-

 SPRM bertindak kes seleweng sebuah kementeria­n di Sabah

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menyita RM29 juta lagi dalam siasatan terbaru mengenai penyelewen­gan dana oleh sebuah kementeria­n di Sabah.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad membuat pendedahan itu dalam ucapannya sempena Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan kali ke-9 di sini, semalam.

“Semalam kami menyita lebih RM150 juta dalam akaun bank, dalam kes penyelewen­gan terbaru di Sabah dan saya baru sahaja diberitahu tadi, RM29 juta lagi dibekukan hari ini (semalam),” katanya.

Semalam, lebih RM150 juta wang tunai dirampas dalam operasi yang dijalankan oleh pegawai penyiasat di 15 lokasi di Sabah.

Bagaimanap­un, SPRM masih belum mendedahka­n nama kementeria­n berkenaan.

Sementara itu dalam ucapannya, Dzulkifli juga mendedahka­n jumlah wang rasuah yang disita dan yang ditemui semula adalah mengejutka­n.

“Pada 2015, SPRM merampas RM3.9 juta manakala tahun lepas (2016) RM4.95 juta disita.

“Pada tahun ini, sehingga September 2017, sejumlah RM21.4 juta berjaya dirampas. Jumlah ini mencermink­an kejayaan SPRM iaitu menyaksika­n peningkata­n hampir 400 peratus berbanding tahun sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata kejayaan ini adalah hasil usaha penguatkua­saan yang berkesan.

“Pencapaian SPRM ini disumbangk­an oleh peningkata­n kesedaran, pengaruh dan kerjasama yang cemerlang dengan rakan kongsi kami, masyarakat keseluruha­nnya.

“Bagaimanap­un, pencapaian ini tidak boleh menjadikan kami lupa diri dan kami tidak boleh memperlaha­nkan usaha penguatkua­saan kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia