Harian Metro

Kompleks TH KLIA

- Noor Atiqah Sulaiman am@hmetro.com.my

 Lokasi baru bagi jemaah haji berkumpul siap hujung tahun ini

Bermula tahun depan, jemaah haji mula menggunaka­n Kompleks Tabung Haji Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sebagai lokasi pengumpula­n bagi menggantik­an Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Kompleks Tabung Haji KLIA itu dijangka siap hujung tahun ini.

“Ia memudahkan perjalanan jemaah kerana lokasinya yang hanya 10 minit dari KLIA,” katanya ketika ditemui selepas menyambut ketibaan 268 jemaah haji terakhir yang tiba di KLIA, di sini, semalam.

Abdul Azeez berkata, kompleks yang dibina di atas tapak seluas lima hektar itu dilengkapi hotel bertaraf empat bintang bagi keselesaan jemaah haji dan keluarga mereka berikutan pertambaha­n jumlah jemaah haji setiap tahun.

Menurutnya, kompleks itu turut menyediaka­n kawasan letak kenderaan lebih luas iaitu melebihi 550 petak, sekali gus mengatasi masalah kesesakan yang sering berlaku setiap tahun di kompleks di Kelana Jaya.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, Tabung Haji akan mula mengeluark­an surat tawaran bagi menunaikan haji bagi 2018 selewat-lewatnya November ini.

“Surat berkenaan dikeluarka­n secara berperingk­at sehingga Mei tahun depan. Sebanyak dua juta permohonan yang kita terima untuk menunaikan haji.

“Dari segi kuota haji, kita berharap ada penambahan biarpun kita semua tahu kuota 30,200 jemaah dikekalkan,” katanya.

Sementara itu, jemaah haji, Syahriah Nuhung, 76, yang ditemui berkata, dia bersyukur kerana dapat menunaikan ibadat haji dan selamat tiba di tanah air.

“Syukur akhirnya hajat saya untuk mengerjaka­n haji tercapai selepas 10 tahun menunggu.

“Urusan saya di sana juga dipermudah­kan dengan bantuan daripada pegawai Tabung Haji. Mereka banyak membantu tidak kira waktu siang mahupun malam,” katanya.

Seorang lagi jemaah haji, Juhari Ismail, 58, berkata, ini kali kedua beliau berpeluang mengerjaka­n haji bersama isterinya.

“Di sana, Tabung Haji meminta kami berjalan secara berkumpula­n dan ia secara tidak langsung mengurangk­an risiko tersesat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia