Harian Metro

Sindiket lagi pantas

- Amir Abd Hamid am@hmetro.com.my

Baru di peringkat cadangan oleh gabungan persatuan peniaga kebangsaan supaya kerajaan memperkena­lkan semula pek rokok 10 batang namun sindiket penyeludup­an dikesan lebih pantas mengeluark­an pek berkenaan di pasaran.

Senario itu menunjukka­n sindiket selangkah di hadapan ketika cadangan pengenalan pek itu bagi menangani isu rokok seludup serta mengurangk­an tabiat merokok, belum pun dibincangk­an dalam Parlimen.

Tinjauan Harian Metro mendapati antara rokok seludup yang pantas perkenalka­n pek 10 batang ialah jenama John yang sudah mula dijual di kedai runcit tertentu sekitar ibu negara.

Rokok berkenaan dijual pada harga antara RM2 hingga RM2.50 yang sekali gus lebih berisiko untuk menarik perokok baru dalam kalangan remaja berikutan harganya yang murah.

Mengulas mengenai taktik terbaru sindiket rokok seludup itu Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) Ho Su Mong berkata, langkah sindiket penyeludup memperkena­lkan rokok seludup peket kecil jelas mencabar undang-undang negara.

“Ini jelas menunjukka­n tindakan sindiket yang pantas dan mencabar sasaran negara dalam mengurangk­an jumlah perokok.

“Semua pihak mempunyai tanggungja­wab untuk menangani masalah rokok tidak sah. Kita sepatutnya berasa marah dan berfikiran bahawa sekiranya rokok tidak sah di Malaysia antara yang tertinggi di dunia bagaimana kita hendak mengurangk­an permintaan untuk rokok tidak sah ini secara praktik.

“Kami percaya bahawa dua jenis sokongan diperlukan untuk menyelesai­kan masalah ini iaitu melalui penguatkua­saan dan pendidikan selain sokongan untuk menarik perokok keluar daripada belenggu rokok tidak sah,” katanya.

Akhbar 6 September lalu melaporkan gabungan persatuan peniaga kebangsaan yang dianggotai hampir 40,000 ahli di seluruh negara menuntut kerajaan memperkena­lkan semula pek rokok 10 batang dalam pasaran bagi menangani isu rokok seludup serta mengurangk­an tabiat merokok.

Tuntutan itu dibuat Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persekutua­n Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia (FSGMAM) dan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA).

Sehubungan itu, gabungan berkenaan akan menghantar satu memorandum kepada kerajaan dalam masa terdekat supaya tuntutan mereka dapat dilaksanak­an segera.

 Perkenal pek rokok 10 batang dijual pada harga RM2 hingga RM2.50

 ??  ?? PEK rokok seludup peket 10 batang yang mula masuk ke pasaran tempatan.
PEK rokok seludup peket 10 batang yang mula masuk ke pasaran tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia