Harian Metro

‘Tunggu hingga siasatan lengkap’

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Program pemeriksaa­n pendawaian elektrik secara percuma anjuran GiatMARA membabitka­n pusat tahfiz di seluruh negara hanya akan dilaksanak­an selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melengkapk­an laporan pemeriksaa­n keselamata­n terhadap institusi itu yang dijangka selesai sebelum akhir bulan ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sudah mengarahka­n pihak bomba untuk melakukan pemeriksaa­n terhadap ciri keselamata­n di setiap pusat tahfiz di negara ini.

“JBPM melihat ciri keselamata­n keseluruha­n sebagai contoh dari aspek pintu dan tangga, jadi kita akan menunggu hasil siasatan berkenaan yang difahamkan akan siap sebelum akhir bulan ini.

“Selepas itu, ia (hasil laporan) akan diserahkan dan mana-mana yang kita sudah janji dari segi pendawaian semula, kita akan buat,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan wang sumbangan kepada waris mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, semalam.

Pada majlis berkenaan, wang tunai RM230,043 merangkumi sumbangan peribadi Ismail Sabri, pegawai dan kakitangan jabatan serta agensi di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah disampaika­n kepada waris dan pengurusan pusat tahfiz berkenaan susulan kejadian kebakaran sebelum ini.

Ismail Sabri berkata, laporan pemeriksaa­n keselamata­n pusat tahfiz akan diserahkan terlebih dahulu kepada jawatankua­sa khas dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk diteliti.

“Kita akan lihat laporan itu selepas beliau (Ahmad Zahid) menelitiny­a terlebih dahulu. Jika diserahkan kepada GiatMARA semuanya (kerja pendawaian) pun kita sanggup buat kerana dari awal dahulu dalam kenyataan saya, kita boleh melakukann­ya secara percuma.

“Selain itu, kita bukannya kontraktor dan GiatMARA adalah institusi pendidikan kerajaan yang tidak melihat kepada keuntungan,”

 Program pendawaian GiatMARA di pusat tahfiz selepas pemeriksaa­n bomba selesai

katanya.

Pada masa sama, beliau difahamkan, ada beberapa kementeria­n lain turut berminat untuk membantu melaksanak­an kerja pendawaian di pusat tahfiz di negara ini.

Pada 14 September lalu, Ismail Sabri dilaporkan berkata, program pemeriksaa­n pendawaian elektrik secara percuma anjuran GiatMARA akan diperluask­an ke pusat tahfiz dan rumah anak yatim seluruh negara berbanding kediaman luar bandar ketika ini.

 ??  ??
 ??  ?? ISMAIL bersama waris mangsa kebakaran pada majlis penyerahan wang sumbangan kepada waris mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, semalam.
ISMAIL bersama waris mangsa kebakaran pada majlis penyerahan wang sumbangan kepada waris mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia