Harian Metro

Pukul isteri, tendang anak

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@hmetro.com.my

 Lelaki tak mengaku cederakan ahli keluarga

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam, atas tuduhan memukul isteri dan menendang anak lelakinya.

Tertuduh, Abdul Aziz Raja Mohamad, 33, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terhadapny­a yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan pertama, Abdul Aziz didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan dengan cara memukul kepala dan tangan kanan isterinya berusia 31 tahun.

Bagi perbuatan itu, Abdul Aziz didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 326A KK yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan kedua, Abdul Aziz didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan dengan cara menendang anak lelakinya berusia empat tahun.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 KK yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam pada jam 1.35 pagi, 12 September lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria mencadangk­an mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 kepada tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

Namun Abdul Aziz yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah supaya mengurangk­an jumlah jaminan dengan memberi alasan dia bekerja dengan orang tuanya.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 untuk kedua-dua pertuduhan selain menetapkan 24 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia