Harian Metro

Putar wang RM132,000

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my

Seorang wanita sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam dengan 16 pertuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitka­n transaksi bernilai RM132,277.23.

Kira-kira dua minggu lalu, Noormazida Mukhtar, 28, bersama suaminya Mohd Fikri Izani, 26, juga didakwa dengan enam pertuduhan di mahkamah kerana tuntutan pembekalan telur dan susu bernilai RM211,646 kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Bagaimanap­un, wanita berkenaan mengaku tidak bersalah terhadap 16 pertuduhan mengenai penggubaha­n wang haram dengan menerima, memiliki, mengubah, memindah dan menggunaka­n hasil daripada perbuatan mengemukak­an dokumen tuntutan palsu berkaitan pembekalan telur dan susu kepada Jabatan Dietetik dan Sajian HSNZ yang dibacakan di hadapan Hakim Mohammad

 Wanita didakwa 16 pertuduhan

Haldar Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan pertama, Noormazida didakwa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahka­n wang sebanyak RM30,000, hasil aktiviti haram ke akaun bank JIE Excellent Enterprise milik suaminya di Maybank Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 29 Julai lalu.

Bagi pertuduhan kedua hingga ke-16 pula, tertuduh didakwa menggunaka­n wang dari akaun bank berkenaan di lokasi sama membabitka­n transaksi keseluruha­n RM102,277.23 antara 4 Mac hingga 6 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubaha­n Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun serta denda tidak kurang lima kali nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau mana lebih tinggi nilainya.

Mohammad Haldar kemudianny­a membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 membabitka­n seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 23 Oktober depan.

 ??  ?? TERTUDUH menutup muka dengan tudung di pekarangan mahkamah.
TERTUDUH menutup muka dengan tudung di pekarangan mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia