Harian Metro

Hanya boleh periksa luar

-

Kuala Lumpur: Berhati-hati dengan individu atau penjenayah yang menyamar serta memperkena­lkan diri sebagai kakitangan atau kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengurus Besar (Perhubunga­n Awam & Dalaman),TNB Datuk Omar Sidek berkata, orang ramai boleh mengenal pasti identiti kakitangan sebenar TNB yang diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat iaitu baju-T berwarna merah berserta logo dan jaket biru.

“Anggota TNB yang memeriksa meter hanya akan masuk ke halaman rumah dengan kebenaran penghuni selepas menunjukka­n kad kuasa.

“Pemeriksaa­n hanya akan dibuat pada meter di luar rumah dan mereka tidak dibenarkan membuat pemeriksaa­n pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB,” katanya.

Kelmarin Harian Metro melaporkan dua lelaki menyamar sebagai pekerja TNB dan berpura-pura mahu memeriksa bekalan elektrik sebelum meragut rantai leher suri rumah di Kampung Mak Som, Alor Lintah, Besut, Terengganu.

Kejadian dipercayai berlaku pada 2.30 petang ketika wanita berusia 61 tahun berada di rumahnya sebelum didatangi dua lelaki menunggang motosikal Honda EX5.

Difahamkan, suspek kemudian memaklumka­n mahu membuat pemeriksaa­n meter elektrik dan meminta mangsa mengambil bil elektrik.

Omar berkata, kakitangan TNB juga perlu menunjukka­n kad kuasa termasuk kad pengenalan diri sebagai pekerja TNB yang memaparkan gambar beserta nombor kad pengenalan dan nombor pekerja kepada pemilik atau penghuni premis.

“Sekiranya didatangi pihak mencurigak­an, orang ramai diminta segera menghubung­i pejabat TNB berdekatan atau TNB Careline di talian 15454 atau Balai Polis berhampira­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia