Harian Metro

Gagal urus sisa klinikal

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

 12,000 premis klinik swasta, makmal darah tidak berdaftar dengan JAS

Sekurang-kurang 12,000 premis yang mengguna dan mengendali­kan bahan klinikal termasuk klinik swasta, makmal ujian darah, klinik haiwan serta pusat bekam didapati tidak berdaftar dengan Kualiti Alam Sdn Bhd (KA) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menguruska­n bahan buangan berjadual.

Ketua Pemasaran Projek, Bahan Buangan Klinikal dan Perkhidmat­an Pembersiha­n Industri KA, Amirul Bahri Malek berkata, ia termasuk 4,000 premis yang berada dalam senarai syarikatny­a selaku pengendali pusat pengurusan sisa buangan terjadual terbesar negara ini.

Menurutnya, hanya 1,400 pusat perubatan swasta sudah berdaftar dengan pihaknya dan JAS bagi membolehka­n sisa buangan klinikal terbabit diuruskan KA.

Katanya, ketika kini pihaknya sudah melupuskan secara selamat sebanyak 9,000 tan sisa buangan berjadual daripada pihak yang mendaftar itu.

“Bagi pihak hospital dan klinik kesihatan kerajaan tiada masalah kerana mereka memang melakukan pengasinga­n sisa berjadual mengikut prosedur.

“Yang menjadi masalah ketika ini adalah bagaimana klinik swasta yang tidak berdaftar dengan pihak kami melupuskan siasa buangan klinikal mereka.

“Kami bimbang sekiranya sisa buang berjadual itu dibuang bersama sampah domestik, ia boleh memudaratk­an kesihatan orang lain dan juga boleh mencemarka­n alam sekitar,” katanya.

Amirul Bahri berkata demikian ketika sidang media Program Latihan Pengurusan Sisa Klinikal Untuk Klinik Kerajaan dan Swasta, di sini, semalam.

KA adalah anak syarikat Cenviro Sdn Bhd yang menjadi milik penuh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), selaku peneraju dalam penyelesai­an masalah alam sekitar bersepadu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia