Harian Metro

Nuan Nuan balik kampung

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Anak panda gergasi, Nuan Nuan yang kini berusia dua tahun bakal dihantar pulang ke negara kelahiran ibu bapanya di Pengkalan Panda Dujiangyan, Sichuan, China pada 14 November depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, penghantar­an pulang itu adalah memenuhi Perjanjian Program Kerjasama Antarabang­sa Konservasi Panda Gergasi yang ditandatan­gani bersama China pada 15 Jun 2012 bagi memulangka­n anak yang dilahirkan pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang yang dipinjam bagi tempoh 10 tahun.

“Ini satu keputusan yang sukar, tetapi saya percaya Malaysia membuat keputusan yang betul kerana mengambil kira sifat biologi semula jadi ibu panda memisahkan diri dengan anaknya sebaik mencecah usia matang pada dua tahun.

“Biarpun mengikut perjanjian kita boleh menambah masa untuk beberapa tahun menjaganya lagi namun apa paling penting penyerahan semula ini adalah bagi tujuan konservasi panda gergasi untuk membolehka­n ia menjalani kehidupan habitat asal di samping bergaul dengan panda lain di Pusat Konservasi Panda di China.

“Nuan Nuan akan dihantar pulang menggunaka­n perkhidmat­an kargo dari MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) dan proses penghantar­an sedang giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak,” katanya pada Majlis Perpisahan Nuan Nuan di Zoo Negara di sini, semalam.

Turut hadir Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Datuk Seri Zaharin Md Arif dan Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Amat Lana.

Menurut beliau, kerajaan China memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia untuk melawat Nuan Nuan di habitat asalnya di Sichuan sekiranya berpeluang ke negara berkenaan.

“Sekiranya ada kesempatan ke sana, rakyat kita dibenarkan melawat Nuan Nuan.

“China juga mempunyai pilihan sama ada mahu mengekalka­n nama asal Nuan Nuan atau memilih nama lain, tetapi bagi pihak Malaysia nama itu masih kekal,” katanya.

Menurutnya, kelahiran Nuan Nuan memberikan satu sejarah besar buat Malaysia berikutan mampu membuatkan pasangan panda gergasi itu melahirkan anak dalam tempoh 15 bulan saja berbanding kebanyakan negara lain.

“Mungkin keadaan persekitar­an, penjagaan dan pemakanan yang baik termasuk penggunaan buluh betong membantu kepada kejayaan ini dan mungkin pasangan panda gergasi itu juga berpotensi melahirkan anak lagi selepas ini.

“Saya melihat proses pembesaran Nuan Nuan daripada sekecil tapak tangan berwarna merah jambu kini kita mampu menghasilk­an panda gergasi yang sihat pada berat 82 kilogram dan aktif.

“Justeru, saya menggalakk­an orang ramai supaya melawat Nuan Nuan yang boleh dilihat di ruang pameran pada hujung minggu dan cuti umum mulai hari ini hingga 12 November depan sebelum dihantar pulang ke China dua hari selepas itu,” katanya.

 Anak panda dua tahun bakal dihantar pulang ke China China juga mempunyai pilihan sama ada mahu mengekalka­n nama asal Nuan Nuan atau memilih nama lain”

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

 ??  ?? PENGUNJUNG teruja melihat gelagat Nuan Nuan.
PENGUNJUNG teruja melihat gelagat Nuan Nuan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia