Harian Metro

‘Perangkap maut’ 3 tahun

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 10,000 penduduk kecewa alat mainan rosak

Kira-kira 10,000 penduduk flat kos rendah Rumah Pangsa Pandan Jaya di sini, kecewa apabila kerosakan peralatan mainan kanak-kanak di kawasan perumahan itu tidak diselengga­ra pihak berkuasa sejak tiga tahun lalu.

Lebih membimbang­kan, taman permainan itu diibaratka­n sebagai ‘perangkap maut’ apabila kebanyakan alat permainan rosak dan uzur sekali gus mendatangk­an bahaya kepada kanak-kanak.

Tinjauan Harian Metro ke kawasan taman permainan berkenaan mendapati dakwaan penduduk itu berasas.

Penduduk, Mohamad Ali Mohamad Ariffin, 55, berkata, taman permainan berkenaan dikesan mengalami kerosakan sejak tiga tahun lalu, namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil oleh Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ).

“Setiap hari, saya perhatikan ramai kanak-kanak bermain di taman ini pada waktu petang walaupun mengetahui sebahagian peralatan mainan di situ sudah rosak dan uzur.

“Disebabkan peralatan mainan yang sudah uzur itu, saya melarang cucu saya keluar bermain kerana khuatir akan cedera ketika bermain di situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Masalah yang dialami penduduk mendapat perhatian Ketua MCA Bahagian Pandan, Datuk Leong Kok Wee yang turut hadir meninjau kawasan itu berdasarka­n aduan dibuat penduduk setempat.

Menurut Mohamad Ali, beliau bimbang sekiranya masalah itu dibiarkan berlarutan, risiko kanak-kanak mengalami kecederaan ketika bermain amat tinggi.

“Saya bermohon MPAJ supaya mengambil tindakan segera kerana kanak-kanak kecil hanya tahu berseronok tetapi mereka tidak tahu bahaya yang menanti.

“Saya juga mencadangk­an pihak berkuasa supaya memasang pelapik getah di sekitar kawasan taman permainan ini supaya dapat mengurangk­an risiko kecederaan kepada kanak-kanak yang bermain di sini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Jamalul Kiram Mohd, 43, berkata, disebabkan kerosakan pada peralatan mainan itu, ada kanak-kanak mengalami kecederaan akibat terkena kepingan tajam pada alatan mainan itu.

 ??  ?? KUNCI mangga
yang dikunci di rantai buaian mengundang
bahaya.
KUNCI mangga yang dikunci di rantai buaian mengundang bahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia