Harian Metro

Ugut panggil samseng pukul penguat kuasa

-

Kuala Lumpur: Ugut untuk panggil kumpulan samseng dan gangster jika penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) mahu merampas baju hujan jenama cetak rompak dijual.

Itu antara tindakan agresif seorang peniaga berusia 22 tahun sebaik anggota KPDNKK menyerbu stor simpanan produknya di Jalan Metro Perdana Barat, Kepong, di sini, jam 11 pagi, semalam.

Terdahulu lelaki terbabit mematikan bekalan elektrik di gudang berkenaan dan cuba melarikan baju hujan tiruan dimiliki melalui pintu belakang untuk menghapusk­an bukti.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDNKK WPKL Wan Mohd Yusof Wan Taib berkata, dalam serbuan bersama wakil pemilik cap dagang itu, pihaknya merampas 445 baju hujan jenama Givi tiruan dianggarka­n bernilai RM22,250.

“Operasi dijalankan selepas mendapat aduan daripada pemilik cap dagang memandangk­an produk tiruan itu dijual meluas dalam talian.

“Risikan sejak Mei lalu mendapati barangan cetak rompak itu disimpan di rumah lelaki terbabit. Namun, apabila pemiliknya menyedari serbuan akan dilakukan, dia memindahka­n semua baju hujan itu ke sebuah gudang yang disewa di Kepong, di sini,” katanya.

Beliau berkata, pihak KPDNKK mendapati gudang itu berkunci dan hanya boleh

dibuka menggunaka­n kad akses.

“Pintu gudang itu akhirnya dibuka 15 minit kemudian sebelum wakil pemilik cap dagang melakukan pemeriksaa­n.

“Lelaki itu cuba melakukan provokasi dengan menutup semua bekalan elektrik dan mahu membawa lari barangan melalui pintu belakang,” katanya.

Malah, lelaki itu turut menghubung­i samseng untuk mengugut penguat kuasa KDPNKK.

Beliau berkata, semua barang dirampas dibawa ke pejabat KPDNKK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia