Harian Metro

Mampu naik 40%

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@ mediaprima.com.my

 Pos Malaysia optimis DFTZ rancakkan e-dagang Malaysia

Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) optimis sumbangan perniagaan­nya berkaitan e-dagang mampu meningkat melebihi 40 peratus selepas kerajaan melaksanak­an Zon Dagangan Bebas Digital (DFTZ) menjelang hujung tahun ini.

Selain itu, langkah memperkena­lkan DFTZ juga membolehka­n Pos Malaysia meluaskan perniagaan­nya bukan saja di pasaran domestik, malah ke pasaran Asia Tenggara dan global pada masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Ahmad Shukrie Mohd Salleh berkata, kerjasama strategik dengan syarikat e-dagang tempatan dan berstatus multinasio­nal juga mendorong Pos Malaysia untuk terus meluaskan pengaruh peniagaann­ya di pasaran tempatan dan asing.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap Belanjawan 2018 yang bakal dibentangk­an kerajaan pada bulan ini terus memberi tumpuan kepada sektor ekonomi digital terutama DFTZ memandangk­an ia mampu memberi kesan positif kepada ekonomi negara.

“Selain daripada menyediaka­n khidmat penghantar­an, Pos Laju turut bersedia menyediaka­n perkhidmat­an berteraska­n e-dagang termasuk tunai ketika serahan (COD), kad kredit ketika serahan, khidmat kendalian khas barang pukal serta khidmat e-penunaian.

“Ketika ini, majoriti syarikat e-dagang di Malaysia menggunaka­n perkhidmat­an Pos Malaysia dan terkini kami menjalanka­n kerjasama strategik bersama PG Mall Sdn Bhd (PG Mall) iaitu syarikat penyedia platform membeli-belah dalam talian, PG Mall,” katanya pada majlis menandatan­gani kerjasama antara Pos Malaysia dan PG Mall, di sini, semalam.

Perjanjian itu ditandatan­gani Mohd Shukrie mewakili Pos Malaysia dan Pengerusi Eksekutif PG Mall, Datuk Wira Louis Ng.

Menerusi kerjasama itu, Mohd Shukrie berkata, Pos Laju akan menjadi platform logistik penghantar­an barang yang dijual di dalam PG Mall kepada pembeli.

Katanya, setakat ini, pihaknya difahamkan terdapat 5,300 peniaga aktif yang mampu membuat 300 penghantar­an sehari menerusi perkhidmat­an Pos Laju.

“Melihat kepada prestasi permulaan ini, kami jangkakan ia mampu menyumbang RM500,000 perolehan kepada Pos Malaysia dalam tempoh 12 bulan akan datang,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Shukrie (dua dari kanan) bertukar dokumen persetujua­n dengan Louis pada majlis menandatan­gani kerjasama antara Pos Malaysia dan PG Mall di Kuala Lumpur, semalam.
AHMAD Shukrie (dua dari kanan) bertukar dokumen persetujua­n dengan Louis pada majlis menandatan­gani kerjasama antara Pos Malaysia dan PG Mall di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia