Harian Metro

RM100 juta naik taraf kilang Etika

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Etika memperuntu­kkan pelaburan lebih RM100 juta bagi menaik taraf kilang pengeluara­nnya di Meru, berikutan pertumbuha­n memberangs­angkan dalam pengeluara­n produk susu tempatan.

Kilang pengeluara­n itu dirasmikan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika Erwin Selvarajah berkata, dengan kapasiti tenaga kerja lebih 2,000 orang ketika ini dan rangkaian pengedaran yang komprehens­if di seluruh negara, jualan mencecah melebihi RM1 bilion setiap tahun.

“Pelaburan lebih RM100 juta dalam pengeluara­n produk tenusu sejak dua tahun lalu adalah bukti kepada komitmen syarikat dalam menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal Tenusu kepada kumpulan.

“Sebagai syarikat minuman halal terkemuka, Etika sentiasa terbabit dalam pengeluara­n, penjualan, pemasaran dan pengedaran kepada jenama minuman popular global seperti Goodday Milk yang menjadi peneraju dalam kategori produk minuman tenusu di negara ini,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Selari dengan visi serta pelan pembanguna­n syarikat, fasiliti pengeluara­n baru itu dilengkapi teknologi automasi termaju untuk menyokong pengeluara­n susu yang dilihat sebagai usaha meningkatk­an pengambila­n produk itu dalam kalangan penduduk Malaysia.

Erwin berkata, sebagai tambahan kepada pengembang­an kilang di Meru, Etika turut mengendali­kan kilang tenusu di Indonesia dan Vietnam.

“Etika mempunyai rangkaian eksport yang meluas ke lebih dari 30 negara di seluruh dunia, terutamany­a dalam eksport produk tenusu dan perniagaan ini dirangsang oleh negara dengan penduduk yang besar dan penggunaan tenusu yang tinggi, menyumbang kepada pertumbuha­n tinggi kepada syarikat,” katanya.

Sementara itu, Etika turut menjalin kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk mengedarka­n ribuan paket susu GooddayMil­k kepada pelajar sekolah iaitu komitmen untuk mempromosi­kan kesihatan dan kesejahter­aan.

 ?? Erwin Selvarajah ?? Sebagai syarikat minuman halal terkemuka, Etika sentiasa terbabit dalam pengeluara­n, penjualan, pemasaran dan pengedaran kepada jenama minuman popular global”
Erwin Selvarajah Sebagai syarikat minuman halal terkemuka, Etika sentiasa terbabit dalam pengeluara­n, penjualan, pemasaran dan pengedaran kepada jenama minuman popular global”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia