Harian Metro

Maxis lancar MaxisONE Prime

-

Maxis Berhad (Maxis), penyedia perkhidmat­an telekomuni­kasi dan

Internet melancarka­n pelan MaxisONE Prime, iaitu pelan khusus untuk keluarga yang lebih menyeluruh dengan data, panggilan dan SMS tanpa had yang ditawarkan pada harga RM367 setiap bulan.

Ketua Pascabayar Maxis Arjun Varma berkata, dengan pelan baru itu ia bakal memudahkan ketua keluarga untuk menguruska­n akaun mudah alih untuk diri sendiri serta ahli keluarga yang lain walaupun menggunaka­n peranti yang berbeza.

Beliau berkata, pengguna pelan berkenaan boleh menikmati data berkelajua­n tinggi tanpa had sama ada melalui fiber sehingga 100 Mbps di mana-mana saja dengan rangkaian terpantas 4G oleh Maxis.

“Rakyat Malaysia sentiasa inginkan akses Internet di mana saja mereka berada jadi sudah tentu mereka perlukan kaedah yang lebih mudah untuk menguruska­n semua keperluan data sama ada dengan fiber atau secara mudah alih.

“MaxisONE Prime adalah pilihan tepat yang memudahkan pengguna terdiri dari satu keluarga untuk menikmati gaya hidup digital tanpa sebarang kebimbanga­n merentasi pelbagai jenis peranti,” katanya pada majlis pelancaran pelan MaxisONE Prime, di sini, semalam.

Pelan itu menawarkan pakej yang boleh dilanggan lima ahli keluarga, sekali gus untuk menikmati data berkelajua­n tinggi tanpa had untuk telefon pintar, Internet kediaman serta di mana-mana saja.

 ??  ?? ARJUN (kiri) dan Ketua Perkhidmat­an Integrasi Maxis, Tai Kam Leong ketika majlis pelancaran pelan MaxisONE Prime di Kuala Lumpur, semalam.
ARJUN (kiri) dan Ketua Perkhidmat­an Integrasi Maxis, Tai Kam Leong ketika majlis pelancaran pelan MaxisONE Prime di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia