Harian Metro

Cengkaman terbaik

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

 Continenta­l perkenal tayar generasi keenam mampu serap sebarang jenis permukaan jalan

Pengeluar tayar utama Jerman, Continenta­l Tyre PJ Malaysia Sdn Bhd (CTM) melancarka­n tayar generasi terbaru MaxContact MC6 khusus untuk kenderaan sedan premium dan utiliti sukan (SUV).

Tayar generasi keenam itu direka bagi mengekalka­n stabiliti kenderaan, cengkaman terbaik terhadap sebarang permukaan jalan raya termasuk keupayaan berhenti apabila membrek ketika jalan basah.

Pengarah Urusan Continenta­l Tyre Malaysia Cameron Wilson berkata, tayar berkenaan dibangunka­n selepas menilai maklum balas pasaran bagi menghasilk­an tayar yang memenuhi keperluan pengguna jalan raya di Asia.

“Dengan ciri termaju teknologi kejurutera­an tayar Jerman, Continenta­l menawarkan prestasi lebih baik berbanding generasi sebelum ini (MaxContact

MC5) selain jarak perbatuan dan kecekapan bahan api lebih baik.

“Pelancaran ini adalah selari dengan matlamat Wawasan 2025 Continenta­l untuk menguasai pasaran

di Asia Pasifik,” katanya ketika majlis pelancaran di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

Cameron berkata, MaxContact MC6 bukan saja meningkatk­an keselamata­n pengguna jalan raya, malah cemerlang dalam sebarang permukaan jalan raya termasuk ketika hujan.

“Tayar terbaru ini direka khusus bagi mereka yang mahukan tayar premium untuk kegunaan harian, tetapi tetap mementingk­an prestasi,” katanya.

MaxContact MC6 direka dengan tiga elemen utama

antaranya rekaan bunga tayar pelbagai fungsi yang menjadikan kenderaan lebih senyap, mampu menyerap sebarang permukaan jalan dan jarak membrek lebih singkat.

Formula Adaptive Grip

Compound membolehka­n teknologi elastik bunga tayar menyerap sebarang permukaan jalan dengan baik. Manakala teknologi Xtreme Force Constructi­on pula membolehka­n kenderaan stabil ketika membelok pada kelajuan tinggi selain keselesaan pemanduan pada kelajuan normal.

MaxContact MC6 didatangka­n bersama enam saiz tayar berbeza bermula saiz 16 inci sehingga 20 inci dengan siri 30 hingga 55.

 ??  ?? WILSON menunjukka­n model tayar generasi terbaru MaxContact MC6, semalam.
WILSON menunjukka­n model tayar generasi terbaru MaxContact MC6, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia