Harian Metro

HAMPIR BERCERAI KERANA MENGIGAU

- Agensi

 Isteri tidak tahan sering ditumbuk, ditendang suami ketika tidur

Seorang wanita hampir bercerai dengan suaminya kerana tidak tahan dipukul lelaki itu yang sering mengigau seperti bergaduh ketika tidur.

Wanita itu yang dikenali sebagai Wu, 60, memberitah­u, dia berkahwin dengan suaminya hampir 30 tahun tetapi lelaki itu mula mengigau ketika tidur kira-kira 10 tahun lalu.

Katanya, pada mulanya suaminya hanya bercakap ketika tidur namun sejak beberapa tahun dia sering menumbuk dan menendang seperti bergaduh.

Pada satu tahap, dia juga pernah memfailkan aduan keganasan rumahtangg­a terhadap suaminya akibat sering ditumbuk dan ditendang suaminya ketika tidur.

Selepas berbincang dengan suaminya, lelaki itu bersetuju untuk mendapatka­n rawatan di Hospital Besar Kuang Tian di sini.

Seorang doktor, Yang Chun-bei berkata, lelaki itu mengalami satu keadaan dikenali sebagai gangguan perilaku tidur gerak-mata cepat (REM).

Menurutnya, gangguan itu menyebabka­n lelaki itu membuat pergerakan fizikal seperti di dalam mimpinya daripada membiarkan ia bermain di minda seperti manusia normal.

Keadaan pelik itu hanya berlaku ketika fasa tidur nyenyak REM, iaitu apabila mimpi berlaku.

Lelaki itu juga tidur di pusat kajian tidur di hospital itu di mana kamera merakamkan aksinya menumbuk dan menendang ketika tidur.

“Ini adalah tanda klasik gangguan perilaku tidur REM dan ia sebenarnya boleh dirawat dengan bantuan ubatan.

“Pesakit itu kini menjalani satu rawatan yang membantu menyelamat­kan perkahwina­n dan hubungan dengan isterinya,” katanya.

Menurut kajian, pesakit yang mengalami masalah itu jarang mencederak­an diri mereka sebaliknya sering memberi kesan kepada siapa yang tidur di sebelahnya.

 ??  ?? RAKAMAN kamera menunjukka­n lelaki itu mengigau dengan menumbuk ke udara ketika tidur. - Agensi
RAKAMAN kamera menunjukka­n lelaki itu mengigau dengan menumbuk ke udara ketika tidur. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia