Harian Metro

Kepala tersangkut di dalam sofa

-

Suixi (China): Seorang budak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas kepalanya tersangkut di dalam sofa.

Kejadian berlaku ketika budak lelaki berusia lima tahun itu memasukkan kepalanya di dalam lubang di sofa berkenaan di sebuah salun di Suixi di wilayah Anhui baru-baru ini.

Sofa berkenaan boleh dijadikan tilam urut dan mempunyai lubang untuk pelanggan meletakkan muka supaya lebih selesa.

Satu rakaman video menunjukka­n budak lelaki itu berdiri di atas sofa dengan kepalanya tersangkut di lubang berkenaan.

Beberapa wanita

dilihat menenangka­n kanak-kanak itu dan sebahagian lagi cuba menarik kepala mangsa keluar.

Selepas beberapa minit berusaha membebaska­n kanak-kanak itu tetapi gagal, mereka mengambil keputusan meminta bantuan bomba.

Seorang anggota bomba, Pang Dade memberitah­u, ketika tiba di salun berkenaan dia melihat kanak-kanak itu menangis kerana kesakitan.

“Leher kanak-kanak itu mula sakit kerana terlalu lama tersangkut di lubang di sofa itu.

“Kami terpaksa menggunaka­n peralatan ringan seperti pemutar skru untuk memecahkan papan di leher kanak-kanak itu.

“Selepas beberapa minit akhirnya kami berjaya membebaska­n kanak-kanak itu dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n beberapa wanita memegang kepala budak lelaki yang tersangkut di dalam sofa di sebuah salun di China. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n beberapa wanita memegang kepala budak lelaki yang tersangkut di dalam sofa di sebuah salun di China. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia