Harian Metro

Jangan dekati politik

- Reuters

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) semalam menegaskan bahawa angkatan tentera harus menjauhkan diri daripada politik dan memastikan kesetiaan mereka hanya pada negara dan kerajaan.

Ucapan Jokowi pada perarakan sempena ulang tahun ke-72 Tentera Nasional Indonesia (TNI) itu dibuat ketika tindakan kontrovers­i dan dakwaan cita-cita politik Panglima angkatan tentera, Jeneral Gatot Nurmantyo.

“Tentera Indonesia adalah harta negara yang mengatasi semua kelas, kumpulan dan tidak berpecah akibat kepentinga­n politik yang sempit serta tidak terjerumus ke dalam arena politik,” kata Jokowi yang duduk di sebelah Gatot.

Jokowi yang juga ketua komander angkatan tentera berkata, kesetiaan kepada negara bermakna setia untuk berjuang demi kepentinga­n rakyatnya, setia mengekalka­n integriti wilayah dan kesatuan republik Indonesia serta setia kepada kerajaan yang sah.

Acara itu yang termasuk anggota tentera turun daripada helikopter menggunaka­n tali tertangguh selama beberapa minit kerana konvoi Jokowi tersangkut dalam kesesakan jalan raya.

Dalam laman Facebook rasmi Jokowi, pemimpin itu turun dari kereta dan berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk ke acara berkenaan.

TNI mempunyai peranan besar dalam politik dan masyarakat selama tiga dekad ketika pemerintah­an bekas diktator Suharto.

Bekas panglima tentera itu berkuasa selepas mengetuai satu operasi antikomuni­s pada 1965 yang menyaksika­n sekurang-kurangnya 500,000 penyokong komunis dibunuh.

Sejak peralihan kepada demokrasi pada

1998, TNI secara rasmi berundur dari dunia politik tetapi masih mempunyai kedudukan kukuh dalam masyarakat dan bekas jeneral masih berpengaru­h dalam politik.

Beberapa penganalis­is politik berpendapa­t

 Gesaan Jokowi lepas timbul kontrovers­i panglima TNI punya cita-cita politik

Gatot mempunyai cita-cita politik yang jelas dan menuduhnya membantu mencetuska­n ketakutan terhadap pengaruh komunis yang disasarkan terhadap Jokowi.

Pada bulan lalu, Gatot mencetuska­n kontrovers­i apabila mendakwa 5,000 senjata diimport secara haram “bagi pihak Jokowi” tetapi tuduhan itu tidak benar.

 ??  ?? JOKOWI berjalan kaki menuju ke majlis sambutan ulang tahun TNI selepas kenderaann­ya tersangkut
dalam kesesakan jalan raya di Cilegon semalam. - Reuters
JOKOWI berjalan kaki menuju ke majlis sambutan ulang tahun TNI selepas kenderaann­ya tersangkut dalam kesesakan jalan raya di Cilegon semalam. - Reuters
 ??  ?? GATOT
GATOT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia