Harian Metro

Hawija tumpas

- Agensi

 Kubu kuat terakhir Daish di Iraq ditawan semula tentera negara itu

Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi semalam mengumumka­n tenteranya berjaya menawan semula kubu terakhir Daish, Hawija, semalam.

“Saya isytiharka­n bandar Hawija kini dibebaskan daripada cengkaman Daish. Pihak tentera kini cuma perlu menjalanka­n operasi pembersiha­n di kawasan pinggir bandar,” katanya selepas menemui Presiden Perancis, Emmanuel Macron di Paris.

Komander tentera Iraq Leftenan Jeneral Abdel Amir Yarallah terdahulu semalam mengumumka­n kejayaanny­a merampas semula pusat bandar juga kubu kuat terakhir Daish itu, seterusnya semakin hampir menumpaska­n sepenuhnya kumpulan militan berkenaan.

Hawija antara kubu terakhir di wilayah yang dirampas kumpulan berkenaan pada 2014 dan rampasan semula oleh tentera kerajaan itu bererti jumlah kawasan ditawan militan terbabit semakin berkuranga­n dengan cuma sedikit kawasan berhampira­n Sungai Furat masih dikuasai mereka.

Kerajaan melancarka­n serangan terhadap Hawija sejak 21 lalu susulan kejayaan tentera Iraq merampas semula Mosul - sebelum ini pusat pentadbira­n Daish pada Julai lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Selasa lalu, menganggar­kan 12,500 orang awam meninggalk­an Hawija sejak serangan.

Ia turut menganggar­kan bahawa terdapat kira-kira 78,000 penduduk masih berada di bandar itu dan memberitah­u sudah menubuhkan pusat pemeriksaa­n, kem serta tapak kecemasan untuk menerima kedatangan mereka yang mungkin melarikan diri dari bandar terbabit.

Hawija yang terletak 230 kilomter dari Baghdad, antara satu daripada dua kawasan penting di Iraq yang masih dikuasai Daish, bersama Lembah Furat berhampira­n sempadan Syria yang juga sedang berdepan serangan.

 ??  ??
 ??  ?? PEJUANG Peshmerga Kurdis membantu orang ramai yang melarikan diri dari Hawija berpindah
ke kem pelarian di Kirkuk. - Reuters
PEJUANG Peshmerga Kurdis membantu orang ramai yang melarikan diri dari Hawija berpindah ke kem pelarian di Kirkuk. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia