Harian Metro

Iskandar tekad bangkit pada 2018

-

Kuala Lumpur: Semuanya seakan tidak kena dan serba kurang menjadi buat pemain perseorang­an lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin (gambar) bagi aksi musim 2017 apabila dia bermula dengan kecederaan belakang, rehat panjang dan hanya menyertai lima kejohanan saja.

Bagaimanap­un, dia yang pernah menduduki ranking pemain perseorang­an kedua terbaik negara di belakang Datuk Lee Chong Wei, bertekad untuk bangkit semula pada 2018, sekali gus melupakan segala kekecewaan sebelum ini.

“Tahun ini saya hanya bermain empat atau lima kejohanan saja (dalam kalendar Persekutua­n Badminton Dunia). Saya harap memperoleh lebih banyak peluang selepas ini untuk membolehka­n saya mencatatka­n keputusan memberangs­angkan,” katanya ketika ditemui di Majlis Menandatan­gani Perjanjian Antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersama Daihatsu dan Perodua Malaysia, semalam.

Jelas pemain berusia 26 tahun itu, tahun ini dia tidak mempunyai sebarang sasaran apabila terpaksa mengetepik­an beberapa kejohanan di awal musim.

“Saya mahu kembali lebih gah seperti sebelum ini. Tahun ini saya akui prestasi sangat menurun. Tiada lagi perancanga­n untuk bersara selepas jurulatih, Datuk Misbun Sidek dan Hendrawan sentiasa memberi semangat kepada saya. Mereka juga mengakui saya masih belum memberikan kekuatan maksimum, jadi masih ada peluang untuk buat yang terbaik.

“Aksi saya di Eropah baru-baru ini juga sangat berbeza berbanding 2015 (juara Terbuka Poland dan Switzerlan­d). Tahun ini agak kecewa sikit selepas tersingkir awal di lima kejohanan termasuk Terbuka Poland dan Republik Czech. Banyak tekanan saya rasa adalah salah satu punca kerana sebelum ini saya tidak diletakkan sebagai pilihan utama,” kata Iskandar Zulkarnain.

Dia yang berasal dari Muar, Johor sudah berbincang dengan barisan kejurulati­han perseorang­an lelaki yang menasihatk­annya agar melupakan perkara lalu.

“Bermain dalam tekanan memang susah, saya kerap melakukan kesilapan mudah. Dalam aksi separuh akhir Terbuka Belgium menentang Kento Momota saya cuba bermain lebih tenang tapi bila ada tekanan ia mengganggu emosi saya. Mungkin saya juga kurang fokus.

“Ketika berada di kedudukan 19-19 atau 18-18, nasib juga kurang menyebelah­i saya. Setakat ini masih banyak lagi saya perlu perbaiki. Permainan saya agak kucar-kacir dan tidak seperti sebelum ini. Saya perlu melupakan status sebelum ini dan cuba untuk lebih tenang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia