Harian Metro

Mesti ikut KPI Soon Kit

 BAM mahu jurulatih tempatan berkaliber ganti Jeremy

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Mana-mana jurulatih negara luar yang berhasrat untuk menjadi pengganti Jeremy Gan dan membantu ketua jurulatih beregu lelaki, Cheah Soon Kit boleh melupakan impian berkenaan kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya membuka pintu kepada tenaga tempatan.

Perkara itu diakui sendiri presiden badan induk berkenaan, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang berkata Malaysia juga mempunyai pakar yang boleh membimbing pemain beregu lelaki.

“Tenaga tempatan lebih memahami dan mendalami pemain kita. Mereka tahu baik buruk perangai pemain kita. Jadi buat masa sekarang biar kita fokus perkara ini (mencari pengganti Jeremy) terlebih dulu,” katanya ketika ditemui di Majlis Menandatan­gani Perjanjian Antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersama Daihatsu dan Perodua Malaysia, semalam.

Jelasnya, ramai lagi jurulatih berkaliber dan legenda Malaysia yang sanggup bersama dengan BAM.

“Siapa saja jurulatih yang akan diambil ia mesti selari dengan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Soon Kit. Saya mengagumi Kim Hock (Yap Kim Hock), Jalani (Datuk Seri Jalani Sidek) yang menyatakan kesediaan bersama kami untuk membimbing skuad kebangsaan.

“Tapi seperti saya kata sebelum ini, bola di kaki Soon Kit, hanya beliau saja yang akan membawanya ke depan. Beliau akan memilih jurulatih yang betul, jika beliau ada baca segala kenyataan yang dikeluarka­n media mungkin beliau akan berbincang dengan semua bekas pemain ini, sebelum membuat tawaran bekerja bersama,” katanya.

Ujar Norza, mereka juga masih belum terfikir untuk mewujudkan jawatan penganalis­is skuad kebangsaan, walaupun Jalani ada menyatakan hasrat berminat menjawat tugas berkenaan.

“Fokus kita sekarang hanyalah mencari jurulatih beregu lelaki. Buat masa sekarang Soon Kit cuba mencari pengganti secepat mungkin dan tidak perlu menunggu sehingga tempoh notis tiga bulan yang diberikan Jeremy. Saya bersetuju dengannya untuk menggunaka­n jurulatih tempatan.

“Seramai 22 pemain dan 11 pasangan berada dalam skuad beregu lelaki dan kita juga akan menimbang jika beliau berhasrat untuk melantik lebih dari seorang pengganti Jeremy. Paling penting ialah pembantuny­a harus mempunyai persefaham­an dan mampu bekerja bersama dengan baik,” katanya.

 ??  ?? NORZA
NORZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia