Harian Metro

Yakini Nicol

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Pemain negara mampu raih emas di Sukan Komanwel nanti

Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) masih yakin dengan kemampuan Datuk Nicol David untuk membantu negara menyumbang­kan emas pada temasya Sukan Komanwel tahun depan.

Nicol akan mengetuai cabaran negara ke temasya itu dan menjadi taruhan skuad skuasy mengekalka­n pencapaian tiga tahun lalu di Glasgow.

Biarpun dengan prestasi tidak menentu, Nicol masih lagi pemain terbaik negara

(gambar)

dengan Pengarah Kejurulati­han Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM) Mejar (B) S Maniam berkata Malaysia akan beraksi dalam lima acara iaitu dua dalam acara perseorang­an lelaki dan wanita dan tiga beregu iaitu beregu lelaki, wanita dan campuran.

“Harapan untuk pingat emas masih lagi diletakkan kepada Nicol selain pingat dalam acara beregu.

“Bagaimanap­un kita tidak terlalu memberi fokus dalam acara beregu kerana ia kurang dipertandi­ngkan sebelum di mana-mana pertanding­an.

“Justeru, perancanga­n utama adalah memberi peluang kepada kesemua pemain beraksi sebanyak mungkin dalam acara perseorang­an sebagai persediaan untuk menghadapi temasya Komanwel nanti,” katanya.

Tiga tahun lalu, Nicol menjadi penyumbang tunggal pingat emas dalam skuasy selepas menewaskan Laura Massaro dari England.

Maniam menegaskan, senarai nama sudah diserahkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selain turut menyenarai­kan beberapa muka baru dalam senarai panjang.

Sementara itu, SRAM kini sedang memikirkan perancang terbaik buat Nicol sama ada hanya meletakkan­nya beraksi dalam acara perseorang­an ataupun beregu.

Mengulas mengenai pencabar yang mungkin menjadi penghalang utama kepada Nicol meraih emas, Maniam menjelaska­n ia pasti datang daripada England.

“Semua orang tahu Nicol baru tewas kepada Sarah-Jane Perry di Kejohanan Skuasy Terbuka Netsuite di Francisco, Amerika Syarikat dan ia adalah satu pertarunga­n sengit.

“Namun itu bukan penghalang untuk Nicol menebus kehampaan di Komanwel nanti,” katanya.

Antara pemain yang disenaraik­an terdiri daripada Nafiizwan Adnan, Yuen Chee Wern, Ng Eain Yow, Mohammad Syafiq Mohd Kamal, Sanjay Singh Chal.

Manakala pemain wanita adalah Nicol, Low Wee Wern, S Sivasangar­i, Rachel Arnold, Andrea Lee dan Aifa Azman.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia