Harian Metro

Xtrada 8 miliki ciri berteknolo­gi tinggi untuk sukan lasak

- Nazdy Harun sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Menampilka­n teknologi terkini menyebabka­n Polygon Bike menjadi antara jenama basikal terunggul bagi kegunaan pelumba sukan basikal lasak di negara ini.

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Polygon Bike, Marcus Leong berkata, basikal siri Xtrada adalah yang sesuai untuk sukan basikal lasak kerana mempunyai ciri teknologi terkini dan geometri lebih hebat.

“Polygon juga mengambil kira pandangan pengguna dengan melakukan penambahba­ikan pada model Xtrada 8 iaitu pada rangka basikal, hentakan, gear dan brek.

“Jantung bagi basikal adalah kerangka dan siri ini diperkuat dengan ALX super light 6061 hydroforme­d aluminium manakala reka bentuk geometri membolehka­n basikal ini mudah dikawal terutama ketika melalui selekoh,” katanya.

Polygon Bike adalah antara rakan penaja untuk Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) tahun ini yang memilih tiga siri perlumbaan termasuk di Kerteh yang berlangsun­g esok.

Menurutnya, Polygon Bike mula bertapak sejak 1989 dengan sebuah basikal yang menampilka­n personalit­i terbaik kepada penunggang­nya sambil menekankan ciri reka bentuk bertaraf global dan kualiti menepati cita rasa pengguna seluruh dunia.

Katanya, produk itu juga mendapat tempat di selatan Amerika, Eropah dan Asia melalui pembikinan atau pembuatan di kilang bertaraf antarabang­sa, sekali gus memberi keyakinan kepada penunggang untuk menggunaka­nnya.

Beliau berkata, produk itu turut digunakan pelumba bertaraf antarabang­sa yang memenangi pelbagai perlumbaan.

“Kita yakin dengan penajaan dalam HMMTB ini, kita dapat memperkena­lkan produk Polygon Bike yang kian mendapat tempat dalam kalangan pelumba basikal di negara ini.

Marcus berkata, pihaknya memperuntu­kkan

RM30,000 bagi penajaan tiga siri perlumbaan HMMTB tahun ini.

 ??  ?? MODEL basikal jenama Polygon.
MODEL basikal jenama Polygon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia