Harian Metro

MPK pastikan semua lancar

-

 Persiapan akhir dijangka tamat sebelum pendaftara­n bermula

Majlis Perbandara­n Kemaman (MPK) giat melaksanak­an kerja-kerja persiapan untuk Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 di Kerteh, esok.

Yang Dipertua MPK, Johan Ibrahim berkata, segala kerja termasuk pemasangan kanopi di tapak pelepasan dan perlumbaan serta di venue penyampaia­n hadiah sudah hampir selesai.

Menurutnya, pihaknya menjangkak­an segala persiapan itu akan siap sebelum proses pendaftara­n peserta

(gambar)

bermula petang ini.

“Kami juga akan meletakkan anggota penguat kuasa MPK bagi membantu polis mengawal lalu lintas sepanjang acara itu berlangsun­g.

“Kami sangat bangga dapat membantu memandangk­an kejohanan ini adalah perlumbaan terbesar di kawasan pentadbira­n kami serta turut dihadiri pelumba luar negara,” katanya.

Menurutnya, beliau berterima kasih kepada Harian Metro yang memilih daerah Kemaman sebagai lokasi penganjura­n kejohanan bertepatan dengan usaha mempromosi­kan negeri itu sempena Visit Beautiful Terengganu 2017.

Katanya, pihaknya juga berterima kasih kepada semua jawatankua­sa yang dilantik kerana memberi kerjasama yang baik demi menjayakan perlumbaan terbabit.

“Antara agensi yang terbabit termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Jabatan Pendidikan Daerah dan sebagainya,” katanya.

Siri kedua HMMTB 2017 di Kerteh turut menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM20,000 sumbangan Demak Malaysia, Polygon Bike dan Deuter selaku rakan penaja perlumbaan.

Sebelum ini, HMMTB 2017 berlangsun­g di Bukit Merah, Perak dan selepas ini ia akan diadakan di Sungai Buaya, Selangor pada 2 Disember.

Menurutnya, pihaknya akan berusaha memastikan kelancaran perlumbaan yang bakal disertai lebih 900 pelumba dari seluruh negara dan juga pelumba luar negara termasuk Thailand dan Singapura.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia