Harian Metro

Diskaun sehingga 50 peratus barangan Deuter

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Orang ramai berpeluang membeli produk Deuter dengan harga diskaun antara 20 hingga 50 peratus pada hari perlumbaan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 di Kerteh, esok.

Pengurus Besar Universal Fitness & Leisure Sdn Berhad (UFL), Ahmad Termizi Mahmud berkata, diskaun berkenaan ditawarkan untuk beberapa produk terpilih seperti aksesori basikal dan beg.

“Kita akan membuka gerai sepanjang perlumbaan HMMTB dan ia adalah peluang terbaik untuk pelumba atau pengunjung memiliki barangan jenama Deuter pada harga istimewa.

“Selain itu, kita turut menawarkan hadiah percuma untuk beberapa barangan tertentu seperti pembelian beg sandang akan menerima topi Deuter,” katanya.

Beliau berkata, tawaran istimewa itu hanya dilakukan pada hari perlumbaan sebagai tanda sokongan produk Deuter terhadap penganjura­n perlumbaan HMMTB.

“Pengunjung terutama peminat Deuter diharapkan dapat mengambil peluang ini kerana tawaran yang diberikan hanya boleh dinikmati di tapak program di Kerteh,” katanya.

Kerteh menjadi lokasi siri kedua HMMTB tahun ini selepas diadakan di Bukit Merah, Perak pada Julai lalu dan menyaksika­n sebanyak lima kategori dipertandi­ngkan iaitu lelaki junior, terbuka lelaki, lelaki junior master, lelaki senior master dan terbuka wanita.

Ahmad Termizi berkata, pihaknya menaja sebanyak RM20,000 untuk kejohanan HMMTB dan berharap kerjasama yang memasuki tahun keempat ini akan berkekalan.

“Kami menyokong usaha Harian Metro (HM) kerana program ini bukan hanya baik untuk kesihatan tetapi ia boleh merapatkan hubungan seisi keluarga kerana ia boleh disertai semua peringkat umur,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Termizi (kiri) bersama pembeli barangan Deuter.
AHMAD Termizi (kiri) bersama pembeli barangan Deuter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia