Harian Metro

Akhirnya Simona menang

- AFP

 Mudah atasi Maria pada pusingan ketiga Terbuka China

Pemain nombor dua dunia, Simona Halep menewaskan Maria Sharapova 6-2, 6-2 pada pusingan ketiga Terbuka China - kemenangan pertamanya ke atas ratu tenis Russia itu dalam lapan pertemuan.

“Ia perlawanan yang hebat, saya fikir saya beraksi pada tahap terbaik menentangn­ya. Saya membuat servis dengan baik dan kerja keras yang saya lakukan selepas Terbuka Amerika Syarikat, saya sudah dapat lihat hasilnya.

“Saya amat gembira kerana mampu melakukann­ya. Ia kemenangan sulung ke atas Maria dan saya mahu menikmati kejayaan ini,” kata Simona.

Sementara itu, Maria bersetuju dengan penilaian yang dibuat Simona berhubung pertemuan kedua-dua pemain itu bagi kali kedua dalam tempoh enam minggu selepas tidak beraksi menentang pemain Romania itu hampir dua tahun.

“Saya fikir dia bermain dengan baik, mungkin yang terbaik prestasiny­a ketika menentang saya. Saya tidak tajam seperti biasa, saya tidak seperti selalu ketika menentangn­ya.

“Dia memukul bola dengan konsisten, tidak melakukan kesilapan dan peratusan pukulan servisnya tinggi. Dia melakukan semua perkara betul,” kata Maria.

Kemenangan itu menyaksika­n Simona mara ke suku akhir dan akan membuat perhitunga­n dengan pemain Russia, Daria Kasatkina.

Terdahulu, Daria mengesahka­n tempat ke kelompok lapan terbaik selepas melakar kejutan menewaskan juara bertahan Agnieszka Radwanska dari Poland 4-6, 7-5, 6-2.

 ??  ?? SIMONA atasi Maria buat kali pertama dalam lapan perlawanan.
SIMONA atasi Maria buat kali pertama dalam lapan perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia