Harian Metro

Thomas Pemain Terbaik Tahunan PGA 2017

-

Miami: Justin Thomas (gambar) dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan PGA 2017 kelmarin sekali gus melengkapk­an musim cemerlang yang menyaksika­nnya menang lima kejuaraan termasuk kejuaraan utama sulung.

Pemain berusia 24 tahun dari Louisville, Kentucky itu menamatkan tahun gemilang dengan memenangi kejuaraan Piala FedEx bulan lalu.

Pesuruhjay­a Jelajah PGA, Jay Monahan berkata, Trofi Jack Nicklaus yang diterima Thomas menggambar­kan tahap konsisten persembaha­nnya sepanjang tahun.

“Bagi pihak Jelajah PGA, tahniah kami ucapkan kepada Justin Thomas selepas diundi sebagai Pemain Terbaik Tahunan Jelajah PGA oleh rakan seperjuang­annya,” kata Monahan dalam satu kenyataan.

“Dengan lima kemenangan menakjubka­n dan konsisten sepanjang musim hingga memenangi Piala FedEx, Justin berhak menjadi pemenang Pemain Terbaik Tahunan Jelajah PGA.”

Thomas menang kejuaraan utama pertamanya Ogos lalu pada Kejuaraan PGA. Dia turut menang pada kejohanan Klasik CIMB, Kejohanan Juara-Juara Sentry, Terbuka Sony di Hawaii dan Kejuaraan Dell Technologi­es.

Kemenangan Thomas pada Terbuka Sony di Hawaii turut menyaksika­nnya muncul pemain paling muda melakar catatan di bawah 60, dengan catatan 59 pada pusingan pertama sebelum muncul juara.

Hanya tiga pemain - Jack Nicklaus, Tiger Woods dan Jordan Spieth – sejak 1960 menang lima kejohanan termasuk kejohanan utama semusim sebelum berusia 25 tahun.

Anugerah Pemain Terbaik Tahunan diundi oleh pemain profesiona­l Jelajah PGA yang bermain sekurang-kurangnya 15 kejohanan rasmi musim ini. Undian ditutup pada 2 Oktober lalu. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia