Harian Metro

UBAH CARA PEMAKANAN

- AFP

 Kane dedah rahsia kemampuan jaring banyak gol untuk Spurs, England

Enfield

Harry Kane mendedahka­n, kemampuann­ya meledak banyak gol bersama Tottenham Hotspur dan England dalam beberapa bulan kebelakang­an ini adalah disebabkan perubahan cara pemakanann­ya.

Penyerang berusia 24 tahun itu yang menjadi kapten England bagi aksi kelayakan Piala Dunia menentang Slovenia, menjaringk­an banyak gol dengan purata menakjubka­n sejak musim sulungnya bersama Spurs pada 2014-15.

Namun jaringanny­a semakin meningkat tahun ini - 11 gol dalam lima perlawanan buat kelab dan negara sejak hujung musim lalu, 13 dalam lapan bulan terakhir - dan ia disebabkan keputusann­ya mengambil seorang chef peribadi.

“Dalam tempoh setahun lebih, saya banyak mengubah cara pemakanan,” kata Kane.

“Saya terfikir karier bola sepak amat singkat. Ia berlalu dengan pantas. Setiap hari amat berharga buat anda. Jadi saya mendapatka­n khidmat seorang chef di rumah untuk mengambil pemakanan yang betul, penting untuk pemulihan.

“Anda tidak boleh berlatih sekeras mungkin bila anda berdepan banyak perlawanan, jadi anda perlu memikirkan perkara lain di luar bola sepak juga.

“Ia membabitka­n pemulihan, tidur, makan pemakanan yang betul. Ia pasti membantu saya pada tahun ada kejohanan besar dan harapnya membantu saya sentiasa cergas sepanjang tahun.”

Kane diperkenal­kan dengan chef yang enggan dinamakann­ya, secara tidak sengaja Disember lalu.

Chef itu berkunjung ke rumah Kane yang didiami bersama tunangnya, Katie Goodland dan bayi perempuan mereka berusia sembilan bulan, Ivy, enam hari seminggu dan membantu penyerang itu memahami bagaimana badannya bertindak balas dengan pemakanan berbeza.

“Anda mungkin mengambil pemakanan sihat sepanjang minggu dan kemudian mengambil banyak karbohidra­t sebelum satu perlawanan, namun anda tidak mengambil karbohidra­t itu sepanjang minggu dan badan anda akan terkejut sedikit,” kata Kane.

“Ia lebih kepada merancang mengenainy­a: apabila anda mempunyai latihan berganda, mungkin lebih karbohidra­t; apabila sesi latihan agak kurang, karbohidra­t juga perlu dikurangka­n.

“Saya masih makan apa yang saya makan sebelum ini, tiada apa yang baru. Saya tidak sukakan ikan tapi beliau meminta saya makan lebih banyak ikan sedikit bagi Omega-3 saya (asid lemak). Saya letak sedikit rempah untuk membantu.”

 ??  ?? KANE (kanan) akui jaringanya tahun ini makin meningkat.
KANE (kanan) akui jaringanya tahun ini makin meningkat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia