Harian Metro

Les Bleus terpaksa ketepikan Kurzawa

-

Paris: Layvin Kurzawa

menarik diri daripada skuad Perancis bagi dua aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2018 kerana kecederaan lutut yang dialami ketika latihan, menyertai dua lagi pemain pertahanan Benjamin Mendy dan Laurent Koscielny yang terpaksa diketepika­n.

Pertahanan kiri Paris Saint-Germain itu cedera ligamen lutut, menyebabka­n Perancis berdepan masalah di benteng pertahanan bagi perlawanan menentang Bulgaria awal pagi Ahad ini dan Belarus di Stade de France tiga hari kemudian.

Pertahanan Marseille, Jordan Amavi, 23, dipanggil sebagai pengganti.

Kurzawa dinamakan dalam skuad itu sekalipun baru-baru ini menjadi mangsa komplot peras ugut membabitka­n video pemain berusia 25 tahun itu yang mempersend­akan jurulatih Perancis, Didier Deschamps sekalipun rakaman video itu tidak didedahkan.

Empat lelaki berusia antara 25 hingga 30 tahun ditahan dan didakwa dengan cubaan memeras ugut Kurzawa sebanyak 200,000 euro (RM995,000) pada musim panas lalu.

Persekutua­n bola sepak Perancis menyatakan Kurzawa mengalami kecederaan itu ketika bertembung dengan penyerang Arsenal, Olivier Giroud.

Pertahanan kiri Barcelona, Lucas Digne kini dijangka turun dalam dua perlawanan yang mana Perancis memerlukan kemenangan untuk memastikan tempat automatik ke Piala Dunia di Russia tahun depan.

Pertahanan Manchester City, Mendy mengalami kecederaan lutut serius dan mungkin tidak beraksi hingga hujung musim manakala pertahanan tengah Arsenal, Koscielny berdepan kecederaan tumit.

Deschamps turut tidak mendapat khidmat pemain tengah Manchester United, Paul Pogba dan pemain sayap Barcelona, Ousmane Dembele.

Perancis mengunggul­i Kumpulan A dengan 17 mata, satu mata di depan Sweden manakala Belanda di tangga ketiga dengan 13 mata di depan Bulgaria (12), Belarus dan Luxembourg (kedua-duanya lima mata). - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia