Harian Metro

Loew bimbang kemerosota­n prestasi kelab Jerman dalam saingan Eropah

-

Belfast: Joachim Loew berharap Jerman yang berada di ambang kelayakan ke Piala Dunia di Russia tahun depan, boleh mengembali­kan kebanggaan negara di Ireland Utara selepas beberapa siri membimbang­kan mengenai keputusan diraih kelab negara itu di Eropah.

Jerman, dengan 24 mata, menang semua lapan perlawanan kelayakan namun masih belum pasti menjuarai Kumpulan C kerana Ireland Utara mengumpul 19 mata.

Menang atau seri, Jerman akan terjamin tempat ke Russia tahun depan dalam usaha mempertaha­nkan kejuaraan dimenangi mereka di Brazil tiga tahun lalu.

Ireland Utara sudah pasti menduduki dua tangga teratas Kumpulan C dan sah ke play-off jika menang.

Namun, di sebalik kejayaan antarabang­sa, Loew bimbang dengan keadaan kelab Jerman selepas Bayern Munich, Borussia Dortmund, RB Leipzig, Hertha Berlin, Hoffenheim dan Cologne semuanya tumpas dalam Liga Juara-Juara atau Liga Europa minggu lalu.

Kemenangan Bayern ke atas Anderlecht satu-satunya kejayaan kelab Jerman dalam peringkat kumpulan pertanding­an benua musim ini selain sembilan kekalahan, sesuatu yang membimbang­kan jurulatih kebangsaan.

“Persembaha­n lembik kelab Jerman di Eropah harapnya hanya bersifat sementara, tapi ia menakutkan,” ujar Loew.

“Adakah ia satu trend biasa? Saya boleh katakan ia terlalu awal. Tapi kini kami memikirkan mengenai bagaimana untuk meningkatk­an beberapa perkara dalam Bundesliga dan silap jika kami memuji Bundesliga berlebih-lebihan atau menyatakan hanya Bundesliga menghasilk­an bakat terbaik.

“Ia tidak benar dan kami perlu menerima hakikat itu.”

Loew berkata, kini terpulang kepada pasukan kebangsaan untuk mengibarka­n bendera Jerman. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia