Harian Metro

TAK GENTAR!

- Aziman Rosdi, Firdaus Hashim & Mohd Fitrie Muhamad sukan@hmetro.com.my

 Safiq akui rakan sudah sedia berdepan naturalisa­si Hong Kong

Petaling Jaya

Taktik Hong Kong yang merombak pasukan termasuk memanggil enam pemain naturalisa­si baru tidak menggentar­kan skuad Harimau Malaya pada pertembung­an kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hong Kong 10 Oktober ini.

Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim berkata, pengalaman bersaing dengan pemain import dalam kancah Liga Malaysia (Liga-M) akan membantu mereka dalam aksi getir Kumpulan B itu.

“Apa yang penting adalah persiapan pasukan, kalau persiapan kita baik maka kita akan dapat keputusan yang baik. Dalam saingan liga, kita bermain dengan pemain import, jadi pemain tempatan sudah ada pengalaman yang bagus.

“Walaupun

Hong Kong ada pemain naturalisa­si, pemain kita mempunyai pengalaman bermain dalam liga yang boleh dibawa ke skuad kebangsaan.

“Macam mana sekalipun pasukan lawan yang bakal kita tempuhi, kita kena beri aksi 100 peratus untuk dapatkan keputusan baik,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan, semalam.

Kelmarin, Arena Metro melaporkan, jurulatih Hong Kong Kim Pan-Gon menyenarai­kan enam pemain naturalisa­si dari Sepanyol, Brazil, England dan Ghana yang tidak beraksi ketika seri 1-1 dengan Malaysia di Stadium Hang Jebat, Melaka dalam saingan Kumpulan B pada 5 September lalu.

Ini menambah kekuatan pasukan tuan rumah yang mengekalka­n empat pemain naturalisa­si termasuk penjaring gol perlawanan sebelum ini Alessandro Leandro.

Ketika ditanya mengenai kehadiran lima pemain skuad bawah 23 tahun, Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Safawi Rasid (JDT), Matthew Davies (Pahang) Adam Nor Azlin (Selangor) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) yang dipanggil jurulatih Nelo Vingada, Safiq percaya semua pemain sudah tahu peranan masing-masing.

“Sama ada pemain muda atau senior, kita harus balas kepercayaa­n jurulatih. Kita boleh membentuk keserasian satu sama lain untuk mendapat keputusan lebih baik,” kata pemain tengah itu.

Sementara itu, jurulatih Nelo Vingada jelas tidak senang dengan perubahan baru yang dibawa Pan-Gon.

Vingada berkata, tindakan Pan-Gon jelas menunjukka­n mereka amat terdesak untuk meraih kemenangan apabila sanggup memberi taraf kerakyatan kepada pemain luar.

“Secara jujur, saya tak gemar cara mereka menyediaka­n pasukan menggunaka­n pemain yang tiada kaitan dengan sejarah negara itu. Tapi sekiranya pemain naturalisa­si itu ada darah campuran atau nenek moyang mereka berasal dari sana, itu tidak menjadi masalah bagi saya.

“Masalahnya apabila mereka tidak menghormat­i semangat kesukanan dan terlalu memikirkan kemenangan sebagai misi utama. Kita juga mempunyai pemain naturalisa­si, tetapi pemain itu ada hubungan darah yang rapat di sini,” katanya yang merujuk kepada Kiko Insa, Matthew Davies dan Darren Lok.

 ?? FOTO: ?? SKUAD negara optimis mampu beri cabaran kepada Hong Kong.
SAFIQ
FOTO: SKUAD negara optimis mampu beri cabaran kepada Hong Kong. SAFIQ
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia