Harian Metro

Yakin aksi ‘bersih’

-

Kuala Lumpur: Jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada

berharap tiada lagi insiden panas berlaku apabila anak buahnya berdepan Hong Kong dalam perlawanan penuh getir saingan kelayakan Piala Asia 2019 pada 10 Oktober ini di Stadium Hong Kong.

Pada pertemuan pertama Kumpulan B di Stadium Hang Jebat, Melaka 5 September lalu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 namun Malaysia kehilangan dua pemain Aidil Zafuan Abd Radzak dan Rizal Ghazali akibat kad merah yang diterima ketika permainan hampir tamat.

Menurut pengendali kelahiran Portugal itu, anak buahnya sentiasa diingatkan supaya mengawal emosi dalam permainan.

“Jurulatih sentiasa mengingatk­an pemain tapi dalam perlawanan bola sepak, anda tidak boleh menjangkak­an sesuatu akan berlaku. Perlawanan ini (dengan Hong Kong) bakal berlangsun­g dalam tempo tinggi jadi pemain perlu profesiona­l untuk mengawalny­a.

“Tapi kad merah diterima Rizal bukan disebabkan kelakuanny­a tapi hanya disebabkan masuk semula ke padang tanpa kebenaran pengadil manakala Aidil pula tidak dapat mengawal kemarahan. Walaupun kadang kala kita perlu ada karektor ini namun kita perlu menerima keputusan pengadil.

“Saya pasti ini tidak akan berlaku lagi,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan semalam.

Kerana menyerang pengadil dari Australia, Christophe­r Beath, Aidil dijatuhkan hukuman penggantun­gan empat perlawanan dan denda RM21,000.

Perlawanan dengan Hong Kong cukup penting buat Vingada memburu kemenangan selepas tewas 1-2 kepada Lubnan dan berkongsi mata dengan Hong Kong untuk

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia